Wednesday, August 25, 2021

ZAHID HAMIDI... sakit belakang yg kritikal.

 Zahid disebut sakit belakang. Perlu rawatan. Ponteng mahkamah. Gurunya dulu pernah sakit belakang yang kronik. Gurunya sekarang sudah sihat.

InsyaAllah Zahid kembali sihat macam gurunya.

Tuesday, August 24, 2021

RAHMAN DAHLAN: baik dan huduh

Dua penggal jadi MP di Sabah. PRU14 dia tumbang ....  Penggal terakhir sebelum kecundang, dia bawak pelbagai wajah. Wajah baik dan wajah huduh. Baik sebab pertahan ketua nama Najib dalam skandal 1MDB. Huduh sebab dilihat berusaha tegak benang basah.

Skandal tarik sokongan Muhyiddin 2021 ada audio suara macam Rahman. lebih kurang katanya...... ini masa sesuai belasah Muhyiddin, kalau lewat nanti, dgn vaksinasi meningkat dan herd immunity tercapai.., Muhyiddin dapat kredit...., kita rugi. 

Tindakan boleh dilihat dari pelbagai sudut.  Rahman dianggap hulubalang Najib. Orang lain lihat Rahman tanggal kewarasan dan serlahkan sikap opportunistic.

Orang Sabah masih sayang Rahman?


Monday, August 23, 2021

Asyraf Wajdi Dusuki: covid19 dan nasihat.

Cuba eja covid19 dan sebut dengan betul.  Tidak cukup setakat itu , malah lihat juga kesan pandemic yang melanda seluruh dunia. Kaji apa strategi negara2 lain berhadapan dengan pandemic ini. Dan cuba bandingkan dengan apa usaha kerajaan negara kita telah dan akan lakukan. Cuba huraikan... cuba maklumkan kepada rakyat. Cuba beri pandangan/nasihat/kritikan/persetujuan dimana perlu.

Rakus kita dengan politik dan kuasa biar ada batas.  Jangan terjebak dengan nafsu melampau.....


{TOK MAT = MOF}