Showing posts with label annuar. Show all posts
Showing posts with label annuar. Show all posts

Sunday, February 24, 2008

ANNuar Musa: Debate without substance

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru berlalu, mencatat satu sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan.
Cerita berkaitan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo), tiba-tiba muncul.
Ketika semua orang bercakap mengenai keganasan yang berlaku di selatan Thailand, ada pula wakil rakyat seolah-olah seronok bercakap mengenai isu itu.
Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa mempertikaikan apa motifnya Ketua Pembangkang, Dato' Annuar Musa menimbulkan isu tersebut di dalam dewan.
Keadaan lebih parah lagi apabila ada akhbar harian pula memetik dalam konteks berlainan.
Ia diakui sendiri Annuar yang mendedahkan, ada menelefon akhbar terbabit dan menyatakan kekesalannya.
Insiden ini secara tidak langsung menggambarkan kehebatan dilakonkan rupa-rupanya mengundang risiko.
Adun Kok Lanas itu cuba memasuki versi 'very perfect person'.
Ia juga dapat dibuktikan lagi, apabila tanpa menghiraukan Adun BN lain, beliau mengambil hampir dua jam membahas ucapan belanjawan.
“Ini bukan Parlimen,” kata seorang pegawai kerajaan Persekutuan.
Kesempatan itu, secara tidak langsung menjejaskan peluang lebih ramai lagi wakil rakyat pembangkang membahas usul serupa.
Anggota Exco, Takiyuddin Hassan, ketua pembangkang seolah-olah bermain bola seorang diri, sehingga akhirnya termengah-mengah.
Sedangkan sebelum sidang DUN bermula, situasi yang cuba digambarkan, kerajaan PAS benar-benar mampu digugatkan.
Ini dapat dibuktikan melalui beberapa kenyataan ketua pembangkang melalui media massa.
Ekoran itu, timbul beberapa kenyataan yang mencemaskan, antaranya mengenai kehilangan wang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Kelantan sebanyak RM1.2 juta.
Pada awalnya ia dilihat seperti kelemahan yang ketara di pihak kerajaaan negeri. Ketika cuba mengetengahkan isu tersebut, Annuar disifatkan beretorik, sehingga terlontar perkataan Pulo dan dikaitkan dengan Perkim.

Annuar Musa: by election

Pengkalan Pasir by-election: not to benefit the constituency, but to prove a point
M.G.G.Pillaipillai@streamyx.com

The National Front (BN) set the pace for the by-election of the Pengkalan Pasir state seat in Kelantan. It can because it owns the media. PAS has fallen into a trap. But it is the National Front through UMNO that is fighting tooth and nail to wrest the seat which it had lost in the general election by a mere 56 votes.

The by-election is the result of the death of the PAS state assemblyman. The main problem for UMNO is that its man is Dato' Annuar Musa, head of the state UMNO party. He has many minuses to his credit, which is why the by-election is conducted by UMNO bigwigs from elsewhere in the country. He is at loggerheads with other UMNO wannabe leaders, including a federal former minister, Dato' Mustapa Mohamed.

Annuar Musa

Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? - Satu Catatan
Oleh : UMMU NATASYA

TIDAK saya sangka, semenjak kembali aktif menulis di beberapa laman kebelakangan ini, e mail saya kembali dipenuhi dengan pelbagai kata-kata semangat, pendorong dan tidak kurang juga yang memaki hamun, tetapi terlalu kecil bilangannya.

Bagi saya, ini perkara biasa. Satu e mail yang cukup menarik bagi saya ialah mengulas mengenai buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Tanpa perlu saya sebutkan di sini siapa gerangan penulis itu, komennya seperti gurindam pula. Saya perturunkan di sini:

Annuar Musa berasal dari Bukit Marak, Kelantan.
Membina mahligai di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Buat projek PPRT (tanam bunga) di Bukit Sireh, Kelantan.
Buat lagi projek PPRT (bela ikan) di Bukit Besi, Terengganu.
Lagi projek PPRT (telur mas) di Bukit Cina, Kelantan…
Lepas tu buat laporan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Jika airmata rakyat di celah-celah bukit itu dikumpulkan kerana menderita dek kemiskinan, maka akan menjadi sungailah kerana banyaknya air mata rakyat. Apakah akhirnya bekas Menteri ini akan belajar melalui sungai ini hingga di penjarakan di Sungai Buloh?
Namun penulis ini tidak yakin dengan polis dan BPR di Malaysia. Katanya, mereka memilih orang-orang tertentu sahaja untuk ditahan, disiasat dan didakwa. Bekas Menteri dan kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tentu diselamatkan, lebih-lebih lagi Annuar mendabik dada mengatakan dia adalah orang Pak Lah, Menteri yang berkuasa terhadap polis dan BPR.
Atas sebab Annuar pernah memberi kata dua kepada Dr. Mahathir: "Dato' Seri berhentilah. Bagi peluang pula kat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Umno akan selamat jika Dato' Seri (Dr. Mahathir) berhenti."

Atas sebab inilah barangkali Annuar Musa perlu diselamatkan oleh Pak Lah kerana bukan senang nak jumpa seorang jurucakap yang berani seperti beraninya Annuar Musa 'menyamun duit PPRT' berjumlah RM40 juta.

Mungkin bila ada 'budak-budak Umno' membaca coretan ini, mereka akan mendakwa tuduhan terhadap Annuar Musa ini datangnya dari pembangkang tetapi mereka perlu membaca buku Susunan Fadzli Mohd Nor bertajuk Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Supaya mereka tahu dakwaan terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Annuar Musa itu datangnya dari Menteri Pembangunan Luar Bandar sekarang, Dato' Azmi Khalid dan dihebahkan melalui media massa pro kerajaan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas Ahli Parlimen Kok Lanas, Kelantan.

Budak-budak Umno, yang kepingin sangat hendak menyokong Umno yang sudah semakin tenat dirempuh pelbagai isu harus menatap buku ini dengan minda yang lapang dan dada terbuka. Jika mereka sedar, menteri-menteri Umno menelan duit rakyat, mereka sendiri akan menjauhkan diri dari Umno yang cukup kotor.

Apakah rakyat, khususnya para penyokong Umno masih dapat menerima bonus Tabung Haji hanya 3.25 peratus? Apakah rakyat boleh menerima kenaikan kadar sewa telefon rumah dari RM21 kepada RM23? Kemana wang itu dipelarikan? Apakah rakyat dapat menerima cerita polis dan imigresen di Malaysia mengamalkan rasuah hingga menyebabkan kemasukan pendatang asing tidak dapat dikawal langsung? Tahukah mereka, peluang rakyat tempatan habis disapu oleh pendatang dan ramai anak gadis Malaysia akhirnya menjadi mangsa rakyat asing ini, termasuk ditinggalkan dengan anak-anak tanpa sebarang pembelaan!
BPR…Polis…tak nampak apa-apa? Tak ada aduan maka tidak boleh bertindak?


(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Masih boleh didapati dengan memesan terus dari saya).

-Ummu Natasya 2002ummu_natasya@hotmail.com

Kelantan minus one.

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.

Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak. Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.

SPR akhirnya menerima protes itu.

NOTA: As far as we know, they are very stringent. I mean in choosing candidates. Or candidates refuse to declare his bankrupcy status?..