KUALA LUMPUR: Pelbagai peringkat kepemimpinan Umno semalam menganggap hasrat Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) meletak jawatan bukan penyelesaian terbaik untuk menyangkal fitnah terhadapnya. Sebaliknya, mereka menasihatkan Khairy bersikap rasional dan membuat pertimbangan teliti dengan mengutamakan kepentingan parti sebelum membuat sebarang keputusan.