Tuesday, August 08, 2006

mencampuri

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Kelantangan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam menafikan keterlibatannya dalam pentadbiran negara dilihat hanya mengesahkan bahawa menantu Perdana Menteri sebenarnya secara langsung mencampuri urusan negara, kata Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Bila dia (Khairy) jawab isu-isu yang Tun Dr Mahathir Mohamad pertikai, antaranya penjualan MV Agusta, ini mengesahkan bahawa beliau mencampuri urusan negara," dakwa Mahfuz.
Bagi Mahfuz, isu penjualan MV Agusta dengan nilai satu euro seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan Proton dan Kementerian Kewangan yang secara terus berkait dengan isu tersebut
"Bila beliau (Khairy) seorang Naib Ketua Pemuda Umno yang jawab, ini mengesahkan keterlibatannya.Beliau bukan pegawai, menteri atau orang yang berkuasa dalam kerajaan, mengapa Perdana Menteri membiarkan Khairy yang menjawab.Ini menimbulkan persoalan," katanya lagi.........