on rocky
Kalau KAYA itu ada rupa dan wajah, memang ia sangat pelbagai.
Di satu hujung kita ada al bukhary, manakala di satu hujung yang lain kita ada seperti yang dipaparkan. Dari gambar tertera sangat ternyata KAYA memang berwajah. Wajah jika di make-up keluarlah serinya, bercahaya dan bergemerlapan.
Rumah atau istana adalah pernyataan terhadap Kekayaan. Albukhary memilih untuk menderma dalam senyap lalu ternyata berkesan dan dihargai. Ramai yang rasa terhutang dengan budibaik Albukhary. Namun dia memilih untuk bersepi dan bersyukur. Ini sekadar persepsi saya. Mungkin yang lain turut rasa begitu, mungkin tidak.
Harta bukanlah dosa. Harta halal dan terurus bersih, tentu memberi pahala. Tetapi pahala bukan datangnya dari poket kita macam angpau. Pahala dan dosa dibawah jurisdiction Tuhan.
Tentu bukan sedikit keringat tercurah untuk mengumpul harta sedemikian banyak. Harta adalah permata hati dan memberi ketenangan.
Tentu kita juga boleh jejak langkah-langkah yang diambil oleh orang-orang kaya. Disebalik semua ini, ternyata apa yang sering disebut ramai, "be at the right time, at the right place, and with right people", seringkali benar. Jadi kaya selalunya bukan fluke atau by accident.
Tahniah pada Zakaria kerana sudi menderma di hari mulia. Tidak ada apa yang harus dimalukan....