Dato berjaya menyelami Hindraf dengan meneliti siapa orang India yang datang ke Tanah Melayu. Dato melebarkan penelitian hingga ke Ceylon atau Sri Lanka, walaupun berlainan negara, tetapi orang di sini melonggokan kaum dari benua sana sebagai hanya orang "India".
Orang India tidak dinafikan hidup dalam kejayaan dan kesengsaraan. Yang ada di negara ini adalah replika kepada apa yang ada di negara India. Yang kaya di satu hujung, manakala yang melarat disatu hujung yang lain. Di negara India, yang miskin itulah yang paling ramai, kita difahamkan.
Orang Melayu pun begitu, dengan spektrum kesejahteraan yang extreme iaitu Miskin dan Kaya.
Orang Cina di benua China pun begitu. Kekayaan dan kejayaan sentiasa berpusat di bandar. Luar bandar kekal sebagai lubuk kemiskinan. Tidak pulak dinafikan wujudnya "poverty pockets" di bandar-bandar, yang menjadi perangkap bahaya.
Tindakan keras terhadap hindraf, boleh dilihat sebagai usaha membanteras budaya demonstrasi jalanan yang sering mudah menjadi riot.
Beberapa siri demonstrasi sudah berlaku dalam negara kita. Ketika Rice santai bermain piano didalam, diluar ada perarakan besar dengan Khairy sebagai jaguh. BERSIH turun mencorak KL dengan warna kuning, menyembahkan sesuatu kepada orang Istana dan Anwar sempat melambai kepada kamera. Hindraf menanti hadirnya orang British untuk mempamirkan gelora masyarakat mereka.
Dalam demonstrasi sebegini, wajar dilihat hasrat demonstrasi dalam dua perspektif;
Pertama - yang ketara.
Kedua - yang terselindung.
Kemudian ada yang akan bertanya, apakah hak orang yang berarak? Akan ada pula yang bertanya, adakah Hindraf mewakili hasrat orang India di Malaysia?
Apapun wajar kita akur kepada hakikat bahawa kita rakyat Malaysia, yang berjumlah lebih dari 20 juta ini, berkongsi hak keatas sebuah negara kecil, yang lembab, panas, sering hujan dan sering banjir.
Setiap suara adalah bermakna dan kita juga harus faham bahawa "api bangsa dan agama", adalah api yang mudah merebak dan memusnah. Api itu sering disalahguna.
(for scribe)