Tuesday, March 20, 2012

ISU KHALWAT BADRUL AMIN PKR - SATU PEMERHATIAN

Isu sebegini tidak akan terlepas dari radar pemerhatian rakyat jelata. Apatah lagi dalam keadaan PRU13 sudah semakin panas bahangnya. Isu ini menjadi lebih panas kerana ia berlumba-lumba mencari publisiti, lantas bersaing dengan demonstrasi rakyat kempen HIJAU Lynas di Kuantan pada xxx lalu.

Pentas kempen HIJAU LYNAS dibina khas pertunjukan  wayang kulit untuk 20,000 penonton. Itulah sasaran Pakatan Rakyat. Pentas itu dibina khas untuk mengapi-apikan rasa marah rakyat kepada kerajaan yang tidak memperdulikan keselamatan rakyat. LYNAS ingin dijaja sebagai pelaburan kaut untung disebalik penderitaan jangkamasa panjang kepada rakyat. Waktu kempen sensasi sebegini, orang sering terpesona, seperti dulu PAS jaja Putrajaya dan KLIA adalah projek mega Firaun dan membazir duit rakyat, Anwar kata macam tu, DAP pun tumpang semangkuk. Sekrang tak ada siapa kata itu projek membazir. Kempen politik biasanya berlandaskan isu yang tidak betul tetapi ada baur sensasi. Gila..

Tetapi BADRUL AMIN telah berjaya mencuri publisiti dengan isu Khalwat. Betul atau tidak, itu antara Badrul Amin dan  wanita itu. Mereka tidak meyakinkan sesiapa sama ada benar atau tidak. Dimasa lain, di alam lain,  mereka tentu juga ditanya tentang perkara yang sama, kalaulah Khalwat itu benar berlaku.

Mood benci kerajaan melalui LYNAS lenyap sebegitu sahaja, yang muncul adalah mood benci PKR.

Tuduh orang sembarangan:
Semua orang tahu, BADRUL AMIN telah memaki hamun MUFTI PERLIS. Orang tua selalu berpesan "jangan tuduh, fitnah orang, sebab nanti benda itu patah balik ke kita".

Ternampak 20 orang:
Kita pernah dengar pencuri masuk rumah orang, kemudian tak jumpa jalan keluar. Ada yang berenang atas tanah, kerana melihat laut yang luas. Ada yang nampak jin setinggi pokok kelapa. Badrul Amin pula mengakui di pukul oleh seramai 20 orang gangster di Hotel. Itulah dia...,  BADRUL AMIN masa itu nampak 20 orang gangster memukul dia. Itu yang dia nampak, seperti pencuri yang nampak laut yang luas! Tak baik kita buruksangka konon BADRUL AMIN mereka-reka cerita. Mungkin itu yang dia nampak..... antara sedar dengan tidak.

Marriage Counselor:
Badrol Amin sedikit tersilap apabila mengaku mahu menolong seorang isteri yang dirundung masalah keluarga. Tak mengapa waktu siang, waktu 3 pagi itu tak rajin orang buat. Doktor on-call pun malas nak layan pesakit jam 3 pagi, tetapi Badrol Amin nampak bersemangat, siap dengan menempah bilik lagi!

Itu dia dunia dalam pentas politik. yang kerap menuduh, yang kerap memperlekehkan orang untuk kelihatan segak dan bergaya, itu semuanya palsu...... publisiti palsu.

Badrol Amin dirasakan lebih sesuai sebagai marriage counselor kerana kegigihan membantu tak kira siang atau malam. Badrol Amin sebagai ahli politik dan tokoh agama, telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.






Friday, March 09, 2012

MAT SABU Kominis.

a) Siapa boleh lupa Mat Sabu dengan kenyataan menghina pasukan Polis sebagai Petualang Negara, manakala Kominis adalah Pejuang Negara.

b) Dia jilat bontot kominis, dia sepak bontot polis.

c) Dia nampak macam ganas saja.

d) Eh, dia juga nampak macam keras kepala

e) Dia diam, malas nak komen Badrul Amin kena cekup di Kuantan.


Thursday, March 08, 2012

PAS Gugur Negara Islam.

(a) kau ingat ada yang menangis masa PAS bincang2 dan putus nak gugur Negara Islam dari agenda perjuangan?



(b) yang aku dengar sorang pun tak nangis. Dia orang rileks saja.....

Wednesday, March 07, 2012

ANWAR, Maha Firaun?

MahaFiraun
MahaZalim
Haprak
Syaitan
Iblis
Dajal
Kafir

Ini adalah perkataan yang sering digunakan oleh Hadi, Anwar, Badrul Amin, dan hampir kesemua pemimpin PAS dan PKR. Kalau yang dah gila kuasa dan ego seperti Iblis yang tak mahu tunduk dengan Adam, kita tak hairan sangat. Kalau semuda Siti Aisyah SriKandi PKR, dah pandai memaki mufti Perak, saya hanya geleng kepala, dan kata "kamu hanyalah manusia yang minum, kencing dan berak." tak lebih dari itu. Suara kamu adalah sebiji suara IBLIS yang enggan tunduk pada orang lain kerana menganggap kau yang paling hebat. Dalam salur galur sebuah kerajaan, badan kehakiman, institusi raja, seharusnya ada fair-play. Rasa hormat dan bangga kepada tindakan, gagasan serta agenda kerajaan yang baik, seterusnya memberi menafaat kepada rakyat jelata. Jika kita meneliti apa ada disebalik watak IBLIS, bukan siapa dia, bukan darimana asalnya, tetapi dia adalah IBLIS laknat bila enggan tunduk pada perintah Allah, dan enggan tunduk kepada pemimpin atau ketua yang sah.

Mengadakan cerita sensasi tanpa asas kukuh adalah tidak bertanggungjawab, pada hemat saya hampir kepada penipuan. Pada saya, itu adalah kecurangan dalam politik. Politik tidak boleh serendah itu, moral ahli politik juga tidak boleh serendah itu.

Bukan dulu kita sering dengar betapa Projek Putrajaya dan KLIA dilaung sebagai projek mega yang membazir. Sekarang rakyat sudah lupa dengan laungan itu, malahan mengunjungi dengan penuh rasa bangga bahawa disebalik projek2 itu ada pemikiran yang bernas dan jauh kehadapan. Saat-saat Anwar tumbang dalam Umno, isu ini dilaung sekuat-kuat hati. Hampir semua pemimpin parti pembangkang menjerit isu yang sama. Kalau kita sudi toleh kebelakang, kita akan kata betapa pemimpin pembangkang hanya menjadikan itu isu untuk mengusik dan mengganggu minda rakyat, untuk satu UNDI.

 Bayangkan sekarang Anwar, Hadi, Mahfuz, Mat Sabu tanpa rasa malu terus menggunakan kemudahan KLIA setiap masa, yang dulunya disebut projek mega yang membazir. Juga mereka tempuh hari berkira-kira ingin merampas Putrajaya dengan menarik sejumlah MP BN memeluk pakatan rakyat. Projek Putrajaya  yang dulunya  membazir, sekarang menjadi idaman.

Bukan dulu Hadi terkenal seluruh negara dengan fatwa mengkafirkan UMNO, kerana masih mengamalkan undang-undang tinggalan penjajah bukan undang-undang Islam, kerana berpakat dengan bukan Islam, juga kerana dilihat mengamalkan konsep "agama suku, politik suku". Untuk pilihanraya kali ini PAS kelihatan selesa dan langsung tidak malu menggugurkan Negara Islam dari agenda perjuangan.  Nah, apa lagi yang tinggal jika kita mahu ukur tentang keikhlasan perjuangan.

Malangnya, orang ramai mudah terpedaya dan merelakan penipuan seperti ini berlaku setiap kali menjelang pilihanraya. Yang tertipu bukan hanya penduduk kampung seperti Memali yang begitu teruja dengan Fatwa Hadi, tetapi rakyat bandar Shah Alam juga sudah selesa menidakkan harapan dan kesejahteraan hidup sedikit sebanyak terhasil disebalik agenda besar UMNO dan Perikatan/BN sejak merdeka. Kita ingat kita senang sebab kita pandai dan rajin. Kita lupa tentang laluan yang disediakan untuk kita jadi pandai dan mampu berlari melalui agenda besar Kerajaan.




Anwar hebat?..... celaka kerana menipu!
Badrul Amin?..... celaka kerana anggap dia marriage caunselor bertauliah!
Mahfuz hebat?.... Bangsat kalau tak sanggup sepak kaki Anwar tentang isu Israel!
Hadi Hebat?...... dia sedang jadikan ahli PAS kafir dan syaitan menurut FATWA Hadi terdahulu!
Nik Aziz hebat?........ Dia macam Firaun juga, takut hilang kuasa!



atau orang lain tak boleh maki-maki?
atau maki-maki adalah hakcipta mutlak PAS dan PKR?

mungkin kita kena berhenti sejenak, bersyukur dengan rezeki dan kelangsungan hidup nikmat Allah. Mungkin inilah yang diperkenan tuhan. Bukan yang dalam mimpi Mahfuz, Siti Aisyah, mat Sabu dan tentu sekali Anwar

Tuesday, March 06, 2012

Machai Menteri pun satu

Dia orang ni tak sedar ke, antara sebab setengah orang meluat dengan UMNO sebab machai-machai ni tunjuk lagak sangat, macam tau semua benda. Lagi pulak galak nak kaut semua!!...

Menteri juga bersalah, kerana harap sangat dengan budak-budak menteri dan machai menteri.  Fikiran budak-budak setakat itu saja, dan fikiran machai pulak cenderung untuk menjawab soalan "what's in it for me?". Ada masanya budak dan machai menteri kepung menteri keterlaluan, seolah-olah mereka adalah pengawal dan gatekeeper.

Mereka sebagai researcher, penyelidik, cari maklumat pelbagai untuk Menteri sentiasa up to date, itu kira OK. Kalau berlagak dan kemaruk, itu tak senonoh. Sudahnya UMNO yang rugi...

Monday, March 05, 2012

BERANI KAWAN DENGAN ANWAR?

Bila last sekali anda bermain tennis dengan Nala, minum teh dengan Zulkifli, dan berdiskusi dengan chandra.?

Sekarang Nik Aziz dah naik malu isu Israel. Hadi Awang dah naik geram mainan Anwar nak longgarkan keislaman dalam PAS.

Yang di Kedah pulak nak nak jadi gila, mengusik Azizan sampai macam tu sekali. Memang itu sedikit sebanyak mainan Anwar. Yang masih ingat hal Adun UMNO Kedah nak hayun Sanusi waktu dia jadi Menteri Besar. Ramai kata itu mainan Anwar, sampai Mahathir kena panggil sorang-sorang. Ada orang kata Mahathir gempaq. Lepas tu settle, dan barulah terserlah rupa sebenar ANWAR. Tak hairanlah dah ramai orang kata ANUWAR tu GILA!!

Pada orang PAS, apala nak hairan sangat dengan duit yang Anwar nak bagi untuk pilihanraya, duit tu pun belum tentu bersih dan suci, silap-silap duit orang Yahudi. Mana boleh PAS guna duit Yahudi!!..

Atau kaedah kutip derma masa ceramah dah tak mustajab lagi sekarang????



Sunday, March 04, 2012

IBLIS DALAM POLITIK.

Walau seinci sekalipun make-up pengetahuan agama, belum tentu waktu ghairah berucap dalam rapat politik, yang keluar dari mulut adalah semata-mata baik, manis, bersih dan bertapis. Ada masanya terbabas jua, maklumlah kita manusia biasa. Tidak mengapa kalau orang biasa, tetapi malang dan mendukacitakan jika yang terbabas adalah orang yang mendabik dada, dalam ilmu agamanya, luas pengetahuan hukum hakamnya, dan ramai rakan-rakan "ulamanya".......

Bila dah sampai tahap maki Mufti, mereka-mereka cerita demi mengaibkan orang, itu tentu dari mulut IBLIS, bukan lagi manusia biasa. Akhir-akhir ini, stail maki-maki dan aibkan orang dengan cerita bukan-bukan lebih banyak dibawa oleh pemimpin pembangkang, PAS dan PKR. 

Friday, March 02, 2012

BERBISIK DENGAN HADI AWANG

Dalam samar-samar senja di Marang aku berbisik, kenapa sebegitu sekali PAS jadi kuda tunggangan. Atau akhirnya Hadi pun turut akur, bahawa Wang seolah segala-galanya........ Hadi, betulkah Wang adalah segala-galanya?

Thursday, March 01, 2012

kenapa kawan2 benci Anwar

Cuba kira berapa ramai kawan Anwar lari. Apa sebab? Yang dok kerumun dengar Anwar berpidato bukan tahu sangat siapa Anwar. Cuba tanya Chandra, sebab dia nampak macam orang pandai, bukan dia nak tipu kot! Cuba tanya Zulkifli yang pernah mempertahankan Anwar dalam mahkamah. Cuba tanya Eskay yang pernah berusaha  memenuhi keperluan sosial Anwar yang menarik dan pelbagai.

Dalam kehidupan normal, orang yang terlalu oportunis serta tidak mengotakan janji akan sering kehilangan kawan.

Rakyat biasa pun dihambur pelbagai janji menjelang PRU12 lalu, sekarang seorang demi seorang bangun menuntut. Orang India Ijok masih ada maruah, dan tidak rela diperjudikan. Mereka juga berhak untuk meninggalkan kawan atau ketua yang oportunis dan tidak mengotakan janji.....