Perang gerila Sulu Lahad Datu kelihatan akan mengambil masa yang panjang. Bangsa Sulu atau Tausug atau Moro pernah melalui peperangan yang amat panjang divbumi mereka. Oleh kerana jiwa kental yang tidak ingin ditakluki itulah bumi mereka sukar mencapai keamanan. Situasi kronik yang dilalui, perlu berjuang untuk bumi sendiri, dan ada masa dikhianati oleh Sultan mereka sendiri, perjuangan akhirnya adalah manefastasi kepada dendam kesumat. Bayangkan dalam keadaan bumi mereka sendiri belum cukup gagah aman dan sejahtera, ada yang sanggup turun kebumi lain untuk berperang malah didorongi oleh ketua yang tidak sah, jamalul kiram.
2. Situasi ini pernah wujud dalam sejarah tamadun manusia. Ramai berpendapat, peperangan yang dipelopori Amerika Syarikat sering berlaku dalam keadaan ekonomi mereka sedang menjunam. Peperangan yang mampu menggerakkan pelbagai sektor ekonomi adalah alternatif yang sangat menarik, apatah lagi kalau bumi yang ditakluki ada khazanah yang boleh dikaut.
3. Namun keadaan bangsa Sulu ini berbeza. Ada yang berpendapat hal ini berlaku dalam keadaan berjemput. Ada kelompok tertentu di Malaysia mengajak bangsa Sulu turun untuk mengacau negara. Begitulah halnya bagaimana Melaka jatuh suatu masa dulu, kerana satu golongan yang tidak berpuas hati telah membuka pintu kebal kota Melaka untuk penceroboh merentap dan menyelinap seterusnya menakluk. Reauters tanpa segan silu merujuk kepada parti pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai dalang atau petualang.
4. Rentetan cerita sebalik hubungan intim Anwar Ibrahim dan Nur Misuari pemimpin MNLF (Moro National Liberation Front), lawatan Tian Chua ke Filipina dan perjumpaan Dr Jefry Kitingan dengan Sultan Sulu membolehkan satu kerangka muslihat jahat berlaku.
5. Nur Misuari sebenarnya terpinggir dalam rundingan termetrai baru-baru ini antara Malaysia, Filipina dan bangsa Sulu melalui badan lain. Biasanya orang gagah yang terpinggir akan susun strategi untuk kembali. Nur Misuari dan Anwar Ibrahim memang saling tak tumpah dari segi situasi mereka sekarang. Mereka dilihat berkongsi aspirasi untuk muncul kembali berkuasa. Lahad Datu adalah barang permainan untuk jiwa terpinggir yang ingin kembali.
6. Secara umum terdapat beberapa pihak ingin melihat pencerobohan di Sabah berlaku demi kepentingan masing-masing. Nur Misuari, parti pembangkang Sabah dan Malaysia serta kelompok tertentu dalam Kesultanan Sulu, ada gendang untuk dipalu dan didengari.
7. Malaysia diminta bersedia untuk bermain perang gerila yang panjang. Harapan rakyat umum ialah biarlah perang antara sulu dan sabah diberhentikan segera. Kalau terjumpa pengkhianat dalam negara, wajarlah mereka dihukum dengan hukuman yang berat.
Akan datang: meninjau kemungkinan Filipina dan Amerika terlibat dalam peperangan ini.