Saturday, September 06, 2014

Tindakan politik kucing kurap

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahukan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor disifatkan sebagai politik 'kucing kurap'.
Bekas Setiausaha Pas Cawa­ngan Kampung Banjar Baru, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abdul Sathar (gambar) berkata, permainan politik Anwar itu bukan sahaja terang-terangan memperbodohkan ahli PKR malah para penyokong DAP.

"Sebelum ini, Anwar melantik Wan Azizah jadi Presiden PKR, kemudian Wan Azizah lantik Anwar pula jadi Penasihat. Sekarang Anwar nak Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor pula, permainan politik apakah ini?

"Mungkin jika DAP menang pilihan raya umum di Melaka, Lim Guan Eng akan membuat perkara sama iaitu melantik isterinya, Betty Chew jadi Ketua Menteri. Tak mustahil perkara ini berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Nabi Bux yang juga bekas calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor memuji tindakan Pas menghantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pas tidak perlu malu atau takut, Pas telah memenangi 15 kerusi di Selangor. Malah tiga calon yang dikemukakan adalah sebagai menurut titah Sultan Sela­ngor," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140906/po_06/Tindakan-politik-kucing-kurap#ixzz3CXDcc21K
© Utusan Melayu (M) Bhd