Showing posts with label ngeh koo ham. Show all posts
Showing posts with label ngeh koo ham. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Ngeh gets a tongue lashing

PANTAI REMIS: The DAP candidate for the Beruas parliamentary seat, Datuk Ngeh Koo Ham, and his campaign team were left red-faced when they received a tongue lashing from a group of people during their campaign trail here last night.

The group was having a drink in a coffee shop when Ngeh, Pantai Remis state seat candidate Wong May Ing and others, came into the shop.

Eyewitnesses said about 10 people started berating Ngeh and his team.
Had DAP cheated them?
They claimed that he seldom served his constituents since he won the seat in the last general election.

Attempts by Ngeh's assistants to calm the angry voters failed, forcing Ngeh and his entourage to leave the shop in a huff.

A 62-year-old man, who wanted to be known only as Tan, said he called out Ngeh for showing up only when the election was around the corner.
"I told him I only saw him five times in his five years as an elected representative," he said.
"I also told him not to lie as I spend my free time in this coffee shop. Hence, anything that happens in this town, I will definitely know," he added.

Fisherman Lim Pek Liang, 60, shared Tan's sentiments, saying Ngeh's absence made him unhappy.
Lim said he had waited for five years to let Ngeh know how he felt.
He said his anger towards Ngeh stemmed from his failure to provide services to the electorate as expected from an elected representative.

Citing himself as an example, Lim said he sought Ngeh's assistance in July 2008 to write a letter to the Fisheries Department after his boat sank.
"I still remember the day I went to his office at 11am to get that letter. He made me wait until 6pm before I got the letter."

What left Lim fuming was that the letter was written in Mandarin by one of his staff.
"His officers asked me to return the next day if I wanted the letter in Bahasa Malaysia," he said, showing the New Straits Times the letter.

Lim said he later sought the assistance of state Gerakan chairman Datuk Chang Ko Youn to write the letter.
Admitting that he was an opposition supporter, Lim said he would not vote for Ngeh, who is also contesting in the Sitiawan state seat, in the 13th General Election.
In a text-message reply, Ngeh denied meeting the angry crowd.


Ngeh Koo Ham Kena Tengking Dengan Nelayan Semasa Berkempen PRU13

Ngeh
Pantai Remis: Calon DAP bagi Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas ketika berkempen di sebuah kedai kopi di Pantai Remis Lama, di sini petang semalam.

Lebih memalukan, Pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan lain yang sedang minum di kedai kopi berkenaan.

Nelayan terbabit, Lim Pek Liang, 60, bukan saja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan, malah enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi Parlimen itu.



Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing, mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.

“Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, namun saya menepis tangannya.

“Ada sebab kenapa saya menolak tangan dan memarahinya kerana sejak menyandang kerusi Parlimen, saya tidak pernah lihat dia turun padang, apatah lagi mengambil tahu masalah rakyat di sini,” katanya.

Katanya, dia mengakui menyimpan dendam terhadap Ngeh kerana tidak membantunya mendapatkan lesen baru menangkap ikan.

Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula. Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikan kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.

Katanya, ketika kerajaan pakatan pembangkang memerintah Perak selama 11 bulan, dia pernah memohon Ngeh menyediakan surat bagi permohonan lesen.

Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong, namun calon DAP DUN Pantai Remis itu sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.

“Akibatnya, permohonan saya tidak dapat dipanjangkan kepada jabatan itu sebelum Ngeh dan Wong bertindak lepas tangan dan enggan membantu.

“Saya sangat perlukan surat permohonan itu kerana tanpanya saya tidak boleh memulakan tangkapan di laut,” katanya.

Katanya, dia kemudian mendapatkan bantuan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn, sebelum permohonannya diterima.

“Saya berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya.

“Saya tidak menyangka dilayan buruk oleh Ngeh, namun pada masa sama percaya BN mampu lakukan sesuatu kepada penduduk di sini,” katanya.

Lim mengakui dia seorang penyokong kuat DAP, namun bukan ahli parti.

“Saya tidak pernah melihatnya sejak lima tahun lalu, tapi tiba-tiba muncul hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum hujung minggu depan,” katanya.

http://anginperubahan.blogspot.com/2013/04/ngeh-koo-ham-kena-tengking-dengan.html