Monday, August 06, 2007

RASUAH

Nota Kepala: berikut ialah tajuk-tajuk berita berkaitan dengan rasuah.

PENGARAH JPJ YANG RASUAH DITANGKAP BERKHALWAT
Berita Harian - Aug 06 2007 06:10am KUALA LUMPUR: Seorang pengarah negeri Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) bagaikan jatuh ditimpa tangga, apabila dia turut ditangkap berkhalwat dengan seorang pegawai kanan kerajaan dalam sebuah bilik hotel mewah di sini.

DUA ANGGOTA POLIS DIDAKWA TERIMA RASUAH
Harian Metro - Jul 30 05:56pmSUNGAI PETANI: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima rasuah.

MUSA HASAN TAK RASUAH
Berita Harian - Jul 28 08:25amPUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap dakwaan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ( gambar ), menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat, ditutup.

13 MENGAKU PEGAWAI BPR
Harian Metro - Aug 02 10:12amKUALA LUMPUR: Tiga lelaki masing-masing berusia 30 dan 46 tahun ditahan sepasukan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menyamar sebagai pegawai BPR.

Tiada kes -- Peguam Negara tutup siasatan dakwaan rasuah Musa, Zulkifli
Utusan Online - Jul 28 04:17amPUTRAJAYA 27 Julai – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkifli Mat Noor ditutup.

Pegawai bertindak 'pelindung'
Berita Harian - Jul 30 09:52amKUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta, didakwa memainkan peranan sebagai ‘pelindung’ kepada sebuah syarikat perladangan di Sabah.

Zakaria gagal ke mahkamah hadapi 13 tuduhan
Utusan Online - Jul 21 04:17amKLANG 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros (gambar) yang sepatutnya didakwa atas 13 tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, tidak hadir kerana berada di Indonesia.

Siasatan rasuah Johari Baharum ditutup – Peguam Negara
Utusan Online - Jul 12 03:02amPUTRAJAYA 11 Julai – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup.