Kematian diiring dengan lenangan airmata. Lalu ramailah yang berkabung. Begitulah lazimnya.
Berikut adalah cabutan berita tentang kematian dalam beberapa hari ini:
BERITA HARIAN.......... KHAMIS
JPJ periksa bas di terminal
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Nurhayati Abllah dan Rosman Shamsuddin
....... Operasi itu diadakan berikutan meningkatnya kemalangan membabitkan bas ekspres sejak akhir-akhir ini termasuk nahas terburuk yang mengorbankan 22 orang di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, 13 Ogos lalu.
14 askar AS terbunuh, helikopter terhempas.
BAGHDAD: Sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat terhempas di utara Iraq semalam, menyebabkan 14 askar negara itu maut, tragedi terburuknya sejak Januari 2005.
Terkejut sijil kematian ditandatangani pegawai DBKL
KUALA LUMPUR: Adik mendiang Dr Cynthia Joseph memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam beliau terkejut apabila penggali kubur menunjukkan sijil kematian kakaknya yang ditandatangani pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Balu mangsa nahas Nuri akan bertugas di Kelantan
KOTA BHARU: Isteri kepada seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbunuh dalam nahas Nuri bulan lalu, menerima surat pertukaran mengajar dari sekolah di Shah Alam ke Kelantan
Eksekutif maut digilis komuter
KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif kanan di Suruhanjaya Sekuriti mati dipercayai digilis komuter di Kilometer 381.9 Stesen Komuter Segambut berhampiran Kondominium Seri Putra Mas, Segambut, di sini, pagi semalam.
112 kematian nahas dalam tujuh bulan
BATU PAHAT: Sebanyak 112 kematian dicatatkan dalam kemalangan jalan raya di daerah ini, antara Januari hingga Julai tahun ini.Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Abdul Karim Tambi, berkata sepanjang tempoh itu, kadar kemalangan meningkat 9.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, sepanjang tujuh bulan tahun ini, 3,257 kemalangan dicatatkan berbanding 2,968 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.
"Kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) meningkat daripada 252 tahun lalu kepada 291 tahun ini, manakala Jalan Persekutuan sebanyak 1,378 berbanding 1,263 pada tahun lalu; Jalan Negeri sebanyak 556 berbanding 472 dan Jalan Bandaran sebanyak 577 berbanding 522 dalam tempoh Januari hingga Julai 2006," katanya.
Berita Harian........ RABU
Dua lelaki maut nahas
Oleh Arhiza Ahmad
SEREMBAN: Dua lelaki maut, manakala empat yang lain cedera dalam dua kejadian kemalangan di sini dan Rembau dalam tempoh dua jam, pagi semalam.
Mangsa, Lee Tee Wan, 48, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, termasuk dua beradik, Low Kim Sang, 44, serta Low Kim Peng, 41, dan seorang lagi, Chin Keat Chin, 41, dilaporkan cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).
Terbunuh kemalangan 4 kenderaan
KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta, sebuah lori dan sebuah van di Kilometer 239 berhampiran susur keluar ke Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi semalam.
Pemandu dan kelindan lori pula cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Maut ditembak abang ipar
MARUDI (Baram): Seorang lelaki penjerat burung maut, selepas ditembak abang iparnya yang menyangka mangsa adalah babi hutan dalam kejadian yang berlaku di Sungai Selejau, kira-kira 70 kilometer dari sini, petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Baram, Deputi Superintendan Johnathan Jaling Embading, berkata abang ipar mangsa yang berusia 71 tahun menyangka dia adalah haiwan liar kerana kedudukannya terselindung serta keadaan samar di dalam hutan.
Berita harian ...... SELASA
Nenek, cucu terbunuh trailer rempuh kereta
Oleh Betty Subaryati
Empat penumpang lagi cedera selepas diseret 20 meter
JELI: Seorang warga emas dan cucunya maut, manakala empat yang lain cedera apabila kereta mereka dirempuh trailer di Kilometer 57 Jalan Machang-Jeli, berhampiran Tanah Merah, petang kelmarin.
Berita Harian ...... ISNIN
Budak maut dirempuh kereta
Oleh Nurhayati Abllah
Shanthikumar tak guna jejantas dalam perjalanan pulang dari kuil
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang mengambil wang untuk kegunaan upacara sembahyang di kuil, pagi semalam.