Saya menonton berita jam 8 sabtu 8/9/2007 dari atas kerusi. Pintu dan tingkap terbuka luas. Di luar angin menerpa. Saya rasa sejuk lalu mengangkat kaki dan selitkan bawah paha. Sekali imbas nampak macam sedang berYOGA.
Berita jam 8, macam biasa la, macam-macam berita, ada gambar orang berkerumun, gambar orang bersalam, gambar orang tersengih, gambar kemalangan, gambar itu gambar ini. Top top, antara leka dan peka, pembaca berita menyebut bahawa seseorang telah menafikan kabar angin seorang yang lain meletak jawatan.
Adakah saya terleka dalam peka atau terlena dalam jaga? Adakah saya tersilap dengar?. Mungkinkah berita sebenar ialah " Bush menafikan bahawa Osama bin Ladin telah meletak jawatan". Adakah berita ini adalah dari skrip yang sepatutnya dibaca pada bulan Mac 2008?
I refuse to believe what i hear. Saya juga mahu lelap sekejap sebagaimana orang lain di Dewan Mulia. Mungkin berita jam 8 saya ikuti dalam keadaan saya separuh sedar, antara mamai dan mamun, antara lelap dan lali.... i probably am too tired!!