Thursday, September 13, 2007

confidence.

Apakah yang tidak kena, bila keyakinan terhadap PM dan kabinet kini tidak sekuat masa TDM masih memimpin. Saya kurang pasti jawapannya. Saya cuba pula melihat dari sudut yang lain, iaitu adakah saya yang salah jika terus memberikan keyakinan yang terbatas, atau tindak tanduk dan keikhlasan kepimpinan kini yang salah kerana tidak bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat jelata, sekurang-kurangnya seorang dari jutaan rakyat jelata, iaitu saya, seorang rakyat biasa.

Kalaulah saya bergiat cergas dalam politik dengan cita-cita untuk menjadi Presiden UMNO, dan apabila semua itu tercapai, saya cuba memberikan khidmat terbaik. Pastinya saya kecewa apabila kepimpinan saya terbatas dan kurang meyakinkan.

Dan dalam bulan puasa ini, saya masih bertanya seperti yang dikehendaki dalam muhasabah diri;
Salahkah saya?