Sunday, February 26, 2012

Dengan Nik Aziz di Pantai Cinta Berahi.

Setting:

Tepi Pantai Cinta Berahi. Laut mengganas. Pantai penuh ketul batu besar, hasil kerja orang gila untuk jaga jangan pantai terhakis. Pantai tidak secantik dulu lagi.... Pantai itu bukan Pantai Cahaya Bulan.

Nik Aziz:
Pemikiran dia macam Hadi jugak, bahawa agama dan politik bukan suku-suku tapi serial. Dia juga macam Hadi campurkan politik dalam agama. Dia guna agama untuk menang. Dia berselindung sebalik agama bila kalah. Bukan agama betulkan pemikiran politiknya, tetapi politik membentuk pentafsiran agamanya.....

Laut:
Laut masih menghempas diri, tidak selembut waktu pantai cantik dengan pasir-pasir berkilau warna emas. Pantai kini terlalu hodoh dengan batu-batu kasar. Ombak pun mengeluh, betapa celaka orang yang tidak perihatin dengan keperluannya untuk menyandar, untuk beradu, untuk membelai pantai yang dulunya cantik, kini terlalu kasar.

Samar-samar:
Ada orang gila iras-iras Anwar bertongkat, mengira ketul-ketul batu kasar sepanjang pantai. Orang gila itu pakai baju jalur biru. Dia pakai neck-guard buatan German, atas nasihat doktor. Dia macam dulu juga, tetap mahu berlakun walau sudah gila....

Aku:
Aku hanya memandang Nik Aziz bertongkat mengesut ke arah Anwar. Aku nampak kemarahan ombak, lalu menghempas dengan lebih kuat dari semalam. Matahari yang hampir terbenam, mengerdip nakal, berbisik bahawa lakunan hari ini di Pantai Cinta Berahi terlalu hambar.....