Sunday, February 26, 2012

Semua orang Kelantan perlu undi BN.

Mereka hidup berpura dan terlalu berkira. Mereka pulang ramai-ramai pangkah PAS, kemudian lari keluar negeri untuk bekerja, kerana bumi Kelantan bawah pimpinan Nik Aziz tidak mampu beri apa-apa.

Hidup ini apalah berkatnya kalau sekadar minum air jampi. Apalah berkatnya kepimpinan PAS dengan berarak sana sini, sedangkan serah nasib anak bangsa pada Kerajaan BN yang sering dilaknat.

Kelantan ada TokPa wakil Jeli. Rugi orang Kelantan kalau terus biarkan PAS memerintah. Rugi orang Kelantan kalau tak benarkan TokPa memerintah Kelantan. Atau Tokpa manusia keparat pada orang Kelantan?

Kalau hal Agama, Hudud boleh sorong tarik, Kalau isu Israel tunjuk marah gertak Anwar, tapi belakang pintu mereka ketawa berdekah-dekah sambil berwirid "kita menang, kita menang"............... 999 kali setiap hari