Libya, negara yang sangat maju, dengan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Hancur kerana ada pemimpin yang teringin memerintah menggantikan Gadafi. Dengan jolokan wang dari negara luar, yang ingin ganti Gadafi sangat teruja, lalu negara jadi barang Judi.
Indonesia dulunya ada watak Amien..., sahabat Anwar, berselepang dikepala mengajak rakyat keluar kejalanraya..... berhari-hari untuk jatuhkan Suharto yang berjasa kepada negara besar Indonesia.
Malaysia
sekarang ada Anwar, seorang Hero yang tidak sanggup tunduk dan menerima sesiapa jua jadi Perdana Menteri Malaysia. Negara sekarang ditohmah sebagai negara durjana penuh hanturaya dan pelesit. Pemimpin sekarang dilihat sebagai haprak. Dia rela menjulang Israel hanya untuk bermuka-muka. Sekarang Mahfuz tidak mahu turun ke jalanraya dan bertapa di Kemunting seperti zaman protes pasukan kriket. Mahfuz dah pandai lipat politik celaka dalam songkok, dalam poket seluar, dalam baju kot, dan dilepas satu-satu dari mulut yang belum tentu keluar fatwa mengikut tertib ugama.
Hadi kini menjilat fatwa Hadi zaman 80'an, langsung tidak peduli lagi apa erti Syaitan, apa itu Iblis, apa itu Kafir seperti yang dijaja dari Lubuk Memali ke Pulau Sapi. Dia pandai add dan drop sesuka hati, ikut mana yang lebih untung, persis bagai orang berjudi.
Resepi untuk negara yang hancur memang sedia ada..... sebagai bahan sejarah. Namun ada orang suka melihat sejarah dalam kacamata yang tak tentu hala macam orang gila, seperti Mat Sabu yang telah menghina Polis dan memuja Kominis. Semua orang tahu, itu adalah cara untuk memeluk sayang DAP yang tebal perkaumannya, lalu menjilat saki-baki muntah prinsip PKR dan DAP.
Malaysia tetap milik kita,
bukan milik orang gila!!!