Ramai sedar bahawa rakyat Malaysia dari kaum Melayu berpecah secara drastik sejak Hadi mula timbul dalam arena politik. Fatwa Hadi memisahkan bangsa Melayu mengikut kefahaman politik, Umno digelar kafir lalu berimamkan orang Umno adalah haram. Sejak itu masyarakat Terengganu mula sembahyang Jumaat dua kali... lain-lain imam.
Fatwa itu tidak pernah ditarik balik, walaupun Hadi sekarang bersekongkol dengan DAP ternyata menepati apa yang disebut dulu bahawa Umno itu haram kerana bekerjasama denga MIC dan MCA, kafir bagi Hadi. Hadi tidak mengulangi fatwa berkenaan ketika memeluk DAP dan menggesel pipi dengan orang kafir.
Kita tak dapat bayangkan dosa Hadi dengan umat Islam Malaysia. Betul kata setengah orang, bahawa sengketa dan kemusnahan umat adalah hasil rencana dan perbuatan orang berilmu, tetapi yang menjadi mangsa adalah orang lain yang tidak berilmu dan juga yang berilmu. Hadi adalah perosak umat Islam Malaysia.