Malangnya demokrasi dijadikan komoditi, atau barang dagangan, ada nilai, tawar menawar dan boleh dijual beli. Yang betul-betul kaya sentiasa melihat demokrasi seperti saham juga, boleh beli dan dapat untung. Maka ada orang akan sponsor pilihanraya, hulur wang. Yang kaya dalam dunia kebanyakan dari bangsa yahudi tinggal di Amerika.
Semua orang sedar, satu demi satu negara Islam tumbang secara paksa di timur tengah. lepas satu, satu pulak. yang paling malang ialah Iraq dan Afghanistan. Libya adalah yang terkini, sebuah negara makmur dan kuat terpaksa tunduk dengan sogokan dari Amerika untuk tumbangkan kedaulatan Libya. yang menentang Ghadafi akan bertempik gembira, tetapi mereka tidak sedar kapal negara mereka sudah bocor. Mereka leka dengan keamanan dan tidak sedar apa-apa lagi. Mereka akhirnya alihkan kiblat kesetiaan.
Dimalaysia pun tidak terkecuali. Kita boleh kata apa saja dengan kerajaan sekarang, rahsuahlah, tidak teluslah, penuhkan perut kronilah..... katalah apa saja, kerana setiap tuduhan sebegitu sering tanpa bukti, sekadar membakar semangat. Semangat itu pernah dibakar waktu Anwar ajak budak2 universiti era lampau turun kejalanraya kononnya ada orang Baling mati kebuluran. Walhal amat mustahil untuk sesiapa mati kebuluran di negara khatulistiwa. Waktu sengsara zaman Jepun dulu, tiada beras orang boleh guna ubi kayu sebagai ganti. Zaman itu orang tidak mati sebab kebuluran tetapi sebab di penggal kepala oleh askar Jepun dan selepas itu bintang tiga.
Kali ini Anwar ajak orang ramai turun ke jalanraya lagi dengan tuduhan SPR tidak telus. Pada masa yang sama mereka masih bergembira dengan kemenangan Kelantan, Penang, Perak dan Selangor waktu PRU 12 dulu, juga dengan kendalian SPR yang sama.
Demonstrasi sering bertukar menjadi ganas dipentas dunia. Bila ganas, isu asal demonstrasi sudah tidak dipedulikan lagi. Hari berikutnya demonstrasi adalah medan membalas dendam, semalam pedih mata kena gas pemedih, hari ini nak beri penumbuk supaya polis pulak merah biji mata. Polis yang kena belasah semalam, hari ini tangan dan kakinya jadi lebih ringan waktu berhadapan dengan peserta demonstrasi. Waktu itu manusia jadi binatang....
Pencetus demonstrasi tidak akan ada dijalanraya..., mereka menyorok dan bersuka ria ditempat lain. Sebagaimana pengusaha senjata moden dunia, mereka senyum sahaja bila senjata yang mereka hasilkan dan dapat dijual, digunakan dengan tepat dan efektif memusnahkan tamadun manusia.
Jika kita sudi meneroka ruang-ruang gelap dalam amalan demokrasi yang menjadikan demonstrasi sebagai paksi, kita akan dapat meneka siapa sebenarnya binatang, anjing, celaka dan syaitan.
Bersih 4 kalau pun perlu ada, adalah semata-mata satu agenda jualbeli saham orang kaya-kaya. yang berpeluh dan menjerit takbirrrr, adalah lembu dan kaldai proses demokrasi. Dalam video keganasan baru-baru kita sudah lihat seorang berbangsa china, menjerit suruh hero-hero melayu berbaju kuning, belasah polis hingga separuh mati. Itu sudahnya, keldai, lembu dalam percaturan orang kaya-kaya.
Bukan sedikit dosa disebalik memusnahkan satu tamadun bangsa.