Monday, February 25, 2008

radzi complaining......




sisipan...

Ketika bercakap selepas Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya UMNO Bahagian Padang Besar, katanya sudah jelajahi semua negeri di Malaysia untuk menyelia perjalanan jentera pilihan raya serta perjalanan UMNO selain menyampaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Bagaimanapun, beliau sedih melihat negeri sekecil Perlis dengan hanya tiga parlimen, mengalami kemelut dalaman politik yang amat hebat sehingga menjadi bahan gelak ketawa negeri lain.Katanya, beliau sendiri pelik dan tidak tahu punca kepemimpinan kini tidak boleh bersatu dan bekerjasama dengan ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis.


Paling teruk, ada ahli Umno yang dihalang daripada menghadiri perjumpaan atau majlis anjuran mereka di Perlis.Sebagai contoh, katanya ramai wakil rakyat di negeri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis taklimat pilihan raya yang dianjurkan beliau di Perlis atas sebab tertentu, sedangkan taklimat sebegini penting untuk parti menghadapi pilihan raya umum.


NOTA: I cant say much Radzi. Is it Shahidan?... Is it YOU?... Is it Azmi?... Ask kampung people how they feel about you, not Shahidan or Azmi.... just ask them about you... that may bring some perspective.