(seperti komen dalam Kuda Kepang, Dato Ron)
Menarik entry dato kali ini. Dari sudut hati dan amat personal.
Dalam hal itu ada ramai yang ternyata berbeza dengan Dato. Radzi tempuh hari mengocak air, dengan membuat kenyataan bahawa Perlis perlukan kepimpinan baru. Kemudian keadaan pun bergolaklah.
Hanya selepas nama Radzi naik untuk parlimen, baru dia buat kenyataan "inilah penggal terakhir saya".
Kita semua tahu Radzi dan Azmi tidak ada semasa Shahidan membuat pengumuman senarai calon. Menarik sebab kita menyuruh orang bersatu, tetapi kita sendiri ada masanya lebih selesa untuk berasing.
Politik bukan hal perundangan saja seperti yang Radzi biasa, tetapi politik adalah realiti, samada kita diterima dan berjasa.