Siapa tidak ingat dengan polisi PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, menapak sejak 2003 dan pada 8 julai 2009 lalu ditetapkan dasar itu tamat sepenuhnya pada tahun 2012.
Polisi ini menarik kerana gagasannya sangat besar, ingin menjadikan rakyat Malaysia lebih global dan Malaysia pula sebagai hub pendidikan, teknologi dan business. Ada jeritan kuat menamatkan polisi , datang dari pejuang bahasa. Kesemua pejuang bahasa berkenaan teramat mahir berbahasa Inggeris. Itu tidaklah dikisahkan sangat.
Di sebalik semua ini, dimaklumkan ada broker penting bernama Tun Faizal. Beliau mampu terjemahkan PPSMI dalam projek mega, laptop dan perisiannya. Berbillion..... Kini dia mahu menjengah semula dengan munculnya beberapa dasar baru. Tunggu saja!