Wednesday, February 29, 2012

LYNAS dan Dr. Che Rosli

Difahamkan Dr Che Rosli kata, kilang tersebut selamat untuk beroperasi di Malaysia. Jadi kenapa bising-bising. Pakar nuklear bukan Che Rosli saja, beribu lagi di dunia. Semua kata selamat. Mungkin rakyat biasa tak SEDAR bahawa kilang sebegitu dibina dan dikawal dengan sangat  rapi. Che Rosli memang SEDIA tahu. Tapi politik ANWAR yang berpaksikan isu dan bersendikan sensasi, LYNAS yang selamat dikatakan malapetaka buat rakyat Pahang dan Malaysia.

Malang, Kempen Hijau LYNAS dicacatkan dengan insiden Badrul Amin. Anwar sepatutnya sedar mengenai tanggungjawab yang diletakkan atas bahu Badrul Amin. Selain Ketua Penerangan PKR Selangor, Badrul Amin juga dilihat memikul peranan sebagai marriage counselor yang sangat gigih, bekerja siang dan malam, cuba menyelesaikan masalah cerai berai walaupun waktu awal pagi, waktu embun jantan menitik kasar jatuh kebumi yang terhampar.....


Tuesday, February 28, 2012

PRU 13: P104 KELANA JAYA.


KEPUTUSAN PRU12 YANG LALU

Jumlah Pengundi: 79,648

Peratusan Kaum: M:41.88% C:38.72% I:17.92% L:1.48%
1. Gwo-Burne Loh (PKR) (30,296) 
2. Datuk Lee Hwa Beng (BN) (25,267)
3. Lim Peng Soon (Bebas) (1,895)
Majoriti: 5,029
Jumlah undi: 58,523
Peratus mengundi: 73.48%
Undi rosak: 1,065
Penyandang: Loh Seng Kok (BN)
(Majoriti: 21,671 undi)



JANGKAAN KEPUTUSAN PRU 13 AKAN DATANG

BN: 45,000
PKR: 10,000



Nota: Pengundi Kelana Jaya tentu kenal siapa Gwo-Burne Loh
   


Salah seorang Ahli Parlimen Malaysia.



Datang PRU13 nanti, pengundi tentu boleh menilai prestasi semasa Ahli Parlimen kawasan masing-masing, lantas berfikir sejenak sebelum memangkah mana-mana parti yang dipercayai boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat secara am dan kepada pengundi sendiri.


Semua orang biasa dengan frasa ini "What's in it for me?


Selain dari insiden sensasi pra-pilihanraya PRU12 dulu yang telah melonjak nama Gwo-Burne Loh, kebanyakan orang sebenarnya tidak kenal siapa orang ini, asal usul dia, kemampuan dia, kegigihan dia memimpin masyarakat yang telah melonjak  anak muda yang datang entah dari mana, tinggi ke puncak langit.





Monday, February 27, 2012

Universiti kelantan, apa yg kecoh?

Sudah ramai yang bertanya tentang peralihan teraju universiti di Kelantan. Ramai geli hati. Ada yang marah. Ada juga yang melihat dengan rasa jengkel. Ada yang rasa tertipu.

Tentu ada yang tak kena.

Tapi siapa nak jawab?

Sunday, February 26, 2012

BADrul Amin, is he that BAD?

If we think life is all about good and bad, we are terribly naive. If someone says that to us, and we blindly believe what the person says, we are taken for a ride. Everything about life is very much transient, it may go up and may come down.

How can we forget about Hadi's famous Fatwa, putting UMNO and whoever is sympathetic with UMNO as evil, devil, syaitan, and iblis. Definitely that's the worst anyone can say to someone else. Simply because UMNO is corporating with non Muslims, and keep on using the current system of Law and Order. For a person known to be religously inclined, that's the worst Fatwa I ever heard. But people are people, failing again and again to distinguish between a Fatwa and a political chit-chat.

and now Hadi is so crazy, taking PAS along the route of DAP and PKR, Chinese and Indians. The route is dangerous. He is licking at the effect of his old political Fatwa. He even pull down the old banner "memperjuangkan negara Islam dan hukum Hudud" He kissed Lim Kit Siang as if Lim is his darkside LOVER.


Now is Badrul Amin. He pointed to the whole world that Mufti Perlis is bapak Syaitan!. Siapa Badrul ini? Adakah dia hanyalah seorang hamba Allah yang bangsat, celaka, munafik, perosak umat atau adakah dia pejuang Islam tulin, menghurmati salur galur prinsip kenegaraan dan keislaman. Dia peluk DAP dan tentunya PKR, tak lepas-lepas bagai kekasih sejati dalam filem purbawara. Dia peluk Anwar, puja bagai malaikat, bagai Imam Mahadi, kerana upah 15 juta. Jangan dia anggap masuk Kemunting sebagai bukti kejaguhannya. Jangan dia lupa Mahfuz pernah kena simpan dikemunting sebab kriket Israel, sekarang dia senyap sunyi waktu Anwar sokong kelangsungan negara Israel. Mahfuz dah mula nak jadi manusia CELAKA dan Bangsat kalau ini gaya percaturan pemikiran dan heret ugama dan politik secara murah!!


Sudahnya kita mushkil, apa perjuangan mereka sebenarnya. Bukan lagi untuk negara Islam, bukan lagi untuk kesejahteraan. Kita turut musykil, kesan politik digaul sekali dengan agama dibuat tanpa panduan, hanya dengan sifat IBLIS yang ego, tidak sanggup tunduk pada makhluk lain.

Lantas siapa lagi orang Islam yang bukan syaitan menurut Badrul Amin, juga kalau tidak keterlaluan pada kacamata Hadi selepas fatwa yang telah mengkafirkan semua yang bekerjasama dengan orang bukan Islam. Apakah fakta yang menyokong kenyataan bahawa mereka adalah  pejuang Islam tulin?..... Badrul dan Hadi sudah turun ke lembah durjana bersama Lim dan Karpal membontoti Anwar, dan berpelukan celah kangkang Anwar, baik dari kefahaman, baik dari jiwa, baik dari akal. Cuma untuk Badrul dan Hadi, saya hanya mahu berpesan, cakap ini bukan cakap air liur bersembur atas pentas, cakap ini adalah orang biasa yang mahu lihat jauh dari serban berjurai, lebih dari kumat kamit zikir "saya hebat, saya hebat, 999kali sehari", lebih dari rupa fizikal, paras dan gelagat.

Cakap ini adalah cakap orang biasa, yang belum lihat mana rupa IBLIS, SHAITAN dan tidak pernah bersemuka dengan Firaun. 

awal2 lagi saya pohon maaf, kalau orang tidak suka ayat sebegini......

Nota:
PRU12 P92 SABAK BERNAM
1. Abd. Rahman Bakri (BN) (12,055)
2. Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720)
Risikan mengatakan kira bernasib baik kalau BADrul dapat 5,000 undi untuk PRU13 akan datang.

Berbisik dengan Badrul Amin

sms 1
" dia mari ngadu, masalah keluarga."

sms 2
" ah, dia saja kata je"

sms 3
" eh, selalu hal cerai berai, orang refer dengan siapa?"

sms 4
"siapa tak tau dia tu, hanturaya!"

sms 5
" eh dia hebat, dia mufti dunia, mufti lain iblis katanya"


Semua orang Kelantan perlu undi BN.

Mereka hidup berpura dan terlalu berkira. Mereka pulang ramai-ramai pangkah PAS, kemudian lari keluar negeri untuk bekerja, kerana bumi Kelantan bawah pimpinan Nik Aziz tidak mampu beri apa-apa.

Hidup ini apalah berkatnya kalau sekadar minum air jampi. Apalah berkatnya kepimpinan PAS dengan berarak sana sini, sedangkan serah nasib anak bangsa pada Kerajaan BN yang sering dilaknat.

Kelantan ada TokPa wakil Jeli. Rugi orang Kelantan kalau terus biarkan PAS memerintah. Rugi orang Kelantan kalau tak benarkan TokPa memerintah Kelantan. Atau Tokpa manusia keparat pada orang Kelantan?

Kalau hal Agama, Hudud boleh sorong tarik, Kalau isu Israel tunjuk marah gertak Anwar, tapi belakang pintu mereka ketawa berdekah-dekah sambil berwirid "kita menang, kita menang"............... 999 kali setiap hari

Dengan Nik Aziz di Pantai Cinta Berahi.

Setting:

Tepi Pantai Cinta Berahi. Laut mengganas. Pantai penuh ketul batu besar, hasil kerja orang gila untuk jaga jangan pantai terhakis. Pantai tidak secantik dulu lagi.... Pantai itu bukan Pantai Cahaya Bulan.

Nik Aziz:
Pemikiran dia macam Hadi jugak, bahawa agama dan politik bukan suku-suku tapi serial. Dia juga macam Hadi campurkan politik dalam agama. Dia guna agama untuk menang. Dia berselindung sebalik agama bila kalah. Bukan agama betulkan pemikiran politiknya, tetapi politik membentuk pentafsiran agamanya.....

Laut:
Laut masih menghempas diri, tidak selembut waktu pantai cantik dengan pasir-pasir berkilau warna emas. Pantai kini terlalu hodoh dengan batu-batu kasar. Ombak pun mengeluh, betapa celaka orang yang tidak perihatin dengan keperluannya untuk menyandar, untuk beradu, untuk membelai pantai yang dulunya cantik, kini terlalu kasar.

Samar-samar:
Ada orang gila iras-iras Anwar bertongkat, mengira ketul-ketul batu kasar sepanjang pantai. Orang gila itu pakai baju jalur biru. Dia pakai neck-guard buatan German, atas nasihat doktor. Dia macam dulu juga, tetap mahu berlakun walau sudah gila....

Aku:
Aku hanya memandang Nik Aziz bertongkat mengesut ke arah Anwar. Aku nampak kemarahan ombak, lalu menghempas dengan lebih kuat dari semalam. Matahari yang hampir terbenam, mengerdip nakal, berbisik bahawa lakunan hari ini di Pantai Cinta Berahi terlalu hambar.....



Saturday, February 25, 2012

Anda kenal Ust Badrul Amin Bahrum ?



..
..
..
..
..
Papagomo ada cerita lanjut. Berita jam 8 mlm pun ada cerita sikit-sikit. Macam tulah, bila nak jadi orang besar, kena pandai bermain dengan ombak besar, untuk mengimbangi cita-cita dan selera BESAR!!

Dulu kita belajar macam-macam dari Ustaz zaman sekolah, Ustaz zaman sekarang gunakan petah bercakap untuk ajar perkara yang terjurus dengan fahaman politik. Lihat saja Srikandi PKR, budak kanyiaq dah pandai maki Mufti Perak.

Nak tunggu Ustaz Badrul main main "surf" tepi laut Rompin, kerana ombak disana sedang menggila!! Nak tunggu Badrul Amin ditauliahkan jadi Marriage Counselor sempena insiden pagi2 buta menjelang program wayang Hijau di Kuantan, jadi Mufti Selangor, jadi Naib Kadhi, mungkin nak tunggu juga kalau ada orang teringin lempang tepat pada mulutnya yang sangat celupar sekarang.


Thursday, February 23, 2012

Negara yang hancur.

Kita perturunkan contoh negara yang turun dan jatuh..... dan yang sering terjadi ialah keghairahan untuk bertarung, dengan berjudikan kesejahteraan negara.




Libya, negara yang sangat maju, dengan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Hancur kerana ada pemimpin yang teringin memerintah menggantikan Gadafi. Dengan jolokan wang dari negara luar, yang ingin ganti Gadafi sangat teruja, lalu negara jadi barang Judi.

Indonesia dulunya ada watak Amien..., sahabat Anwar, berselepang dikepala mengajak rakyat keluar kejalanraya..... berhari-hari untuk jatuhkan Suharto yang berjasa kepada negara besar Indonesia.

Malaysia

sekarang ada Anwar, seorang Hero yang tidak sanggup tunduk dan menerima sesiapa jua jadi Perdana Menteri Malaysia. Negara sekarang ditohmah sebagai negara durjana penuh hanturaya dan pelesit. Pemimpin sekarang dilihat sebagai haprak. Dia rela menjulang Israel hanya untuk bermuka-muka. Sekarang Mahfuz tidak mahu turun ke jalanraya dan bertapa di Kemunting seperti zaman protes pasukan kriket. Mahfuz dah pandai lipat politik celaka dalam songkok, dalam poket seluar, dalam baju kot, dan dilepas satu-satu dari mulut yang belum tentu keluar fatwa mengikut tertib ugama.

Hadi kini menjilat fatwa Hadi zaman 80'an, langsung tidak peduli lagi apa erti Syaitan, apa itu Iblis, apa itu Kafir seperti yang dijaja dari Lubuk Memali ke Pulau Sapi. Dia pandai add dan drop sesuka hati, ikut mana yang lebih untung, persis bagai orang berjudi.

Resepi untuk negara yang hancur memang sedia ada..... sebagai bahan sejarah. Namun ada orang suka melihat sejarah dalam kacamata yang tak tentu hala macam orang gila, seperti Mat Sabu yang telah menghina Polis dan memuja Kominis. Semua orang tahu, itu adalah cara untuk memeluk sayang DAP yang tebal perkaumannya, lalu menjilat saki-baki muntah prinsip PKR dan DAP.


Malaysia tetap milik kita,
bukan milik orang gila!!!

Tuesday, February 21, 2012

PRU 13 - negeri SELANGOR BUKIT ANTARABANGSA

PILIHANRAYA LALU

Jumlah Pengundi: 30,687
Peratusan Kaum: M:57.4% C:37.0% I:4.8% L:0.8%

1. Mohamed Azmin Ali (PKR) (11,731)
2. Haslinda Mohd. Zerain (BN) (10,350)
Majoriti: 1,381
Jumlah undi: 22,305
Peratus mengundi: 72.69%
Undi rosak: 224
Penyandang: Azman Wahid (BN)
(Majoriti: 7,871 undi)

PILIHANRAYA AKAN DATANG
JANGKAAN)

PKR : 9,000
BN: 13,000

Monday, February 20, 2012

UMNO PAS PKR

barangkali ini sajalah parti untuk orang melayu, UMNO, PAS dan PKR. Sering terfikir dengan sejarah kelangsungan orang Melayu dari sudut ekonomi pendidikan dan agama sejak merdeka, apakah yang kurang hinggakan orang Melayu masih ada yang selesa menolak apa jua nikmat hidup dan rezeki yang ada dan selesa menggapai impian dengan sesuatu yang belum ada.

Saturday, February 18, 2012

Anwar Ibrahim pun satu

Anwar pun satu, berkempen dengan semata-mata berbekal ilmu pukau, bercerita dengan hasrat jelas, untuk orang ketawa dan suka.

Apa lagi yang ada dalam diri Anwar selepas isu liwat, video dan isu Israel. Walau dengan kata dua dari Nik Aziz, kita masih was-was dengan kerangka kerjasama Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar tidak buat apa-apa, kalau Nik Aziz tidak ungkit-ungkit lepas ini, baik kita sedar, cakap politik adalah cakap kertas plastik sahaja.

Friday, February 17, 2012

Mengingati Hasan Ali

Oh, begitu jadinya seorang yang berjuang untuk Akidah Islam, akhirnya tersisih dari PAS, lalu kita bertanya apa lagi yang ada dalam perjuangan parti PAS.

Thursday, February 16, 2012

Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS, siapa sangka?

Siapa sangka akhirnya
Mat Sabu
jadi
Timbalan Presiden
PAS.


Mungkin selepas ini
PAS akan benar-benar bertukar wajah.


Cuma kita tertanya, apa dalam pemilihan kepimpinan PAS ada unsur rasuah? Untuk bergerak selangkah kedepan, baik kita hati-hati, rasuah bukan semestinya ada wang bertukar tangan....