Tuesday, January 06, 2009

SAMA MALAYSIAKINI: Orang Taman Sentul Utama marah sama Tian Chua


Santai-santai petang bersama malaysiakini, saya ingin memaparkan realiti politik dalam perspektif tanggungjawab sosial. Ramai tentu tahu isu tunggakan RM1.2juta punca lif tidak dibaiki di flat Taman Sentul Utama.

2. Tian Chua adalah ahli parlimen kawasan itu. Tian Chua sudah peroleh publisiti seperti yang dihajatkan. Beliau telah pulang sebagai hero selepas keluar dari tahanan, malah beliau juga pernah berdiri seperti hero di hadapan kereta kebal/perisai, seolah sedia berkorban untuk manusia sejagat. I am ready to die!

3. Memang sukar untuk mencari pengganti Lee Lam Thye buat masa ini, masyarakat ibu kota perlu tunggu hingga abad selanjutnya. Tiada ada lagi politikus sehebat Lee dalam usaha membantu masyarakat setempat. He is a living legend. Kebanyakan yang lain sekadar cergas dalam permainan politik sahaja, hadir bila perlu, lari kalau buntu.

4. Diturunkan kata-kata penghuni flat tersebut, "kata Tian Chua, dia tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara ini selain hanya membawa isu ini di dalam Parlimen sahaja. Penduduk di sini mahu melihat usaha yang lebih giat dilakukan bagi menyelesaikan masalah sedia ada, bukan setakat cakap kosong sahaja" kata Kamarul Abdul Ghaffar 51.

5. Mereka dilaporkan berkata sedemikian oleh Utusan Malaysia 5.1.2009 halaman 4 seksyen berita dalam negeri sewaktu kehadiran Senator T Murugiah yang turun untuk membantu. Difahamkan penduduk di situ telah memilih AJK perbadanan pengurusan kawasan tersebut.

6.Akhirnya ahli politik perlu berhadapan dengan realiti kehidupan rakyat yang mereka wakili. Dalam setengah kawasan mewah, penghuni mampu hidup sendirian dan tidak suka diganggu. Dalam setengah kawasan yang lain, penghuni adalah kelompok yang menanti pembelaan dan secebis panduan dan pertolongan. Kawasan yang mewah hanya turun menjerit bila green lung kawasan mereka mahu diusik. Orang flat taman sentul utama perlu turunkan jenazah ikut tangga bila lif rosak tidak dibaiki!

7. Ramai khuatir kemampuan videographer yang telah diusung keParlimen untuk menghadapi isu-isu seperti ini. Apa beliau akan kata kepada penduduk? Orang tidak akan mudah gembira kalau beliau sekadar mengeluarkan kameranya untuk snap sana dan sini. Oh, what have we done?



Realiti politik semakin memapar jasad dan jiwa.



beritadarigunung