Sunday, January 04, 2009

KONFLIK BERSAMA MALAYSIAKINI: antara Mahathir dan Anwar

Bersama malaysiakini hari ini saya ingin menyelak-nyelak apa yang ada di sebalik konflik Mahathir dan Anwar Ibrahim. Satu kisah lama yang kekal relevan.


2. Tentu ramai masih ingat dalam ucapan Tun Mahathir, beliau mengisahkan Ceasar di saat-saat matinya, telah berkata "Oh, it is you Brutus". Tidak ramai yang sanggup meneka siapa Brutus dalam perspektif kepimpinan negara. Kisah itu tenggelam begitu saja.

3. Anwar timbul dalam Umno sekitar tahun 1982. Beliau dipecat pada tahun 1998 selepas 16 tahun aktif bersama Umno. Dari ahli biasa beliau merangkak naik hingga ke jawatan Timbalan Presiden Umno. Dalam tempuh pendek itu ramai yang rasa terkilan dan terpijak.

4. Ramai menyangka Tun Mahathir bimbang dengan cabaran Anwar, lantas helah dicari untuk menyingkir beliau dari tampuk kepimpinan. Anwar dalam pidato-pidatonya sering menyebut, satu konspirasi maha dahsyat untuk menyingkir saya. Namun ada yang melihat dengan sinis kata-kata Anwar kerana bagi mereka yang memahami ASnwar, sedar bahawa jiwa Anwar memang menggelegak dengan konspirasi, sambil mengimbas kisah allahyarham Ghafar Baba keluar dari pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan sebuah beg plastik.

5. Yang masih ingat, boleh berkongsi peristiwa pemecatan Anwar pada tahun 1998. Mahathir menyebut peribadi yang teruk sebagai alasan memecat Anwar. Yang memuja Anwar hanya mendengar pidato berapi beliau, manakala yang bergelumang dalam kancah politik sering melihat Anwar dengan gelagat abnormal. Waktu gawat mencengkam negara dan isu bail-out, barulah Anwar menampakkan diri beliau sebenarnya dari sudut berpolitik.

6. Dalam tempuh 14 hari selepas Mahathir menyebut semula kesalahan liwat Anwar, Anwar mengeluarkan saman 100 juta. Mahathir secara berseloroh menyebut, "biarlah dia saman 100 juta, saya mana ada duit sebanyak itu". Sebaliknya Mahathir menekankan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menemui fakta bahawa sebenarnya Anwar memang terlibat dengan kegiatan homoseksual.

7. Begitulah konflik yang mudah dilihat, namun kita wajar juga menyedari wujudnya kempen Anwar dengan slogan kronisma dan nepotisma dalam kegawatan ekonomi 97 dulu. Meminjam kata-kata orang yahudi " everything is fine in chaos", memberi makna kepada perspektif politik Anwar.



beritadarigunung