Barangkali pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah tulin dan menepati tujuan sebenar kenapa pilihanraya kecil wajar dibenarkan. Untuk itu saya ingin berkongsi dengan malaysiakini tentang 2 pilihanraya kecil yang tidak menepati hasrat utama perlunya pilihanraya kecil diadakan.
2. Yang pertama telah berlangsung hampir 20 tahun lalu, waktu Umno baru masih panas dan UMNO terbelah dua UMNO baru dan UMNO lama [semangat 46]. Musa Hitam adalah pencetus. Shahrir keluar dari Umno dan bertarung sebagai proksi untuk menjatuhkan Mahathir [begitulah yang dilihat oleh rakyat]. Shahrir kosongkan kerusi dan bertanding semula sebagai calon bebas dan beliau menang.
3. Yang kedua pula semudah seorang isteri mengundur diri untuk memberi peluang kepada suami. Azizah kosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar bertanding. Selebihnya adalah sejarah.
4. Walaupun kedua-duanya menjadikan rakyat sebagai orang-orang yang boleh dikerah turun semula kepusat mengundi bagi memuaskan hati seorang manusia atau proksi, ia tetap dibenarkan oleh undang-undang negara. Ia bukan berada dalam kerangka pemilihan sebuah kerajaan. Tidak sopan dikatakan disini, tetapi yang peritnya, kaedah ini mudah dimanipulasi oleh opurtunis. Perkataan yang sesuai dalam bahasa inggeris ialah vultures
5. Lain pula dengan kuala terengganu, kerana wakil rakyat telah meninggal dunia dan sangat wajarlah seorang wakil baru dipilih. Oleh itu pilihanraya kecil ini adalah sangat tulin dan menepati semangat pilihanraya itu sendiri. Dan tidaklah pengundi-pengundi dikerah kesana-kemari dengan niat yang tidak baik. Namun vultures tetap ada.
6. PAS mungkin terpaksa mengaku kehebatan Razali yang telah pergi dan mengajak semua bertafakur, dan tentulah meniup semula semangat penubuhan sebuah negara Islam disamping menghumban semaksima kebimbangan dan kebencian terhadap kerajaan sekarang dan calon Wan Farid sendiri.
7. Manakala Umno, BN dan Wan Farid juga akan bertafakur dan membawa rakyat mengimbas kembali pengorbanan Razali dan sumbangan besar beliau dalam kancah pendidikan. Akan disebut juga betapa Terengganu tidak terkebelakang dalam banyak hal. Wan Farid telah berjanji tidak akan bermain dengan kaedah serangan peribadi. Najib juga telah berpesan kepada calon Umno supaya merendah diri.
Alfatihah untuk Razali yang pergi.
beritadarigunung