Sunday, January 04, 2009

VOTING WITH MALAYSIAKINI: statistik pengundi untuk Farid dan Wahid




Tanggal 17hb januari 2009 masih jauh, namun bahang pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah mula mencengkam. Bersantai-santai dengan malaysiakini hari ini adalah untuk meninjau siapa yang akan menentu wakil rakyat Kuala Terengganu ke Parliament.

2. Permatang Pauh meninggalkan nostalgia yang mendalam, kerana seorang isteri mengundur diri memberi laluan kepada suami. Kuala Terengganu masih pilu dengan kehilangan bintang gemerlapan anak watan yang ada sentuhan dalam pendidikan di peringkat pusat. Sama ada pengundi bersedia untuk menghantar pembangkang bagi menyertai rombongan Anwar, Karpal senior dan junior, Lim senior dan videographer dalam parliament tidak dapat kita pastikan.

3. Dengan senario kecemerlangan prestasi peperiksaan kebangsaan, tentunya terengganu mahu denyut kehidupan mereka diberi pengiktirafan yang sewajar. Jawatan menteri/timbalan menteri dalam kerajaan sekarang adalah jambatan besar yang sukar diroboh. Kaliber allahyarham Razali wajar sekali ada pengganti.

4. berikut adalah statistik pengundi untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu:

  • Jumlah keseluruhan pengundi: 80,325
  • Melayu: 88.14 %
  • Cina: 10.94 %
  • India: 0.65 %
  • Lain-lain: 0.27 %





beritadarigunung