Sekadar meluah rasa terbuku dalam malaysiakini, dalam ramai-ramai ahli politik, siapakah sebenarnya yang serius dengan hal HUDUD.
2. Hudud adalah battle cry yang menarik, kerana waktu ia dimainkan dalam ceramah politik, hudud hilang nilai keagamaannya. Hudud entah bagaimana, kekal sebagai umpan dalam muslihat politik negara, hanya timbul bila perlu.
3. Islam bertapak dibumi bertuah ini bukan semalam. Fasa-fasa yang dilalui oleh penerapan agama Islam adalah liku-liku yang sering jadi orang keliru. Islam era lama adalah bersifat membina generasi. Islam era baru yang dibawa oleh fahaman politik memilih isu untuk dilambung tinggi, namun ramai masih selesa bermain dan bercanda dengan isu-isu sebegini.
4. Waktu-waktu orang melayu Islam berasing dalam kehidupan adalah waktu yang malang. Yang sudi melayan nostalgia, akan teringat peristiwa dua iman dan boikot kenduri. Kata orang waktu itu, politic is divisive. Ia bermula dengan hadirnya the young turks pulang dari perantauan dengan semangat berapi. Mereka waktu itu belum matang.
5. Sejak itu landskap politik terlakar dengan warna yang pecah-pecah. Sejak itu masyarakat melayu di setengah tempat tidak peduli lagi dengan masyarakat asal yang sudah lama bertapak, dipupuk oleh nenek moyang. Masyarakat melayu terpisah dengan garis kecenderungan politik.
6. Hudud mungkin akan kekal sebagai umpan berguna baik untuk PAS, untuk Umno, untuk MCA, MIC dan DAP. Akhirnya kita tidak tahu siapa yang serius dengan Hudud sebenarnya.
beritadarigunung