2. Kesemua mereka berumur antara 25 hingga 62 tahun, kebanyakan adalah dari Lembah Kelang. Ada juga dari Tampin, Georgetown dan Alor Setar.
3. Mereka dituduh turut serta dalam satu perhimpunan haram di Petaling Jaya dan enggan bersurai selepas diarah polis berbuat demikian pada 9 Oktober 2008. Mereka dituduh dibawah seksyen 27(5)(a) and seksyen 27(4) of the Akta Polis.
4. Seperti dijangka, ramai turun menunjukan sokongan kepada 21 tertuduh termasuk pengerusi majlis peguam Ambiga, MP segambut dan cheras [dari DAP], blogger harris Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK.
5. Ambiga mengulas tuduhan sebagai mengarut dan katanya ini menyalahi Federal Constitution yang membenarkan rakyat bersuara.
6. Amat malang, majlis peguam menunjukan sokongan keatas kes-kes sebegini dan sebagaimana biasa Gobind mengambil masa yang panjang meneliti isu-isu teknikaliti berkaitan tuduhan hinggakan selepas keputusan jaminan dibuat, kaunter pembayaran telah ditutup.
7. Negara jiran Singapura pula baru-baru ini akan mengetatkan lagi undang-undang tentang tunjuk perasaan. Sejak dulu lagi, Singapura secara konsisten bertegas mengenai demonstrasi. Ramai yang sudah ditahan dan dituduh dimahkamah terutamanya dari pihak parti pembangkang.[baca selanjutnya: Singapore government to tighten laws against protests: deputy PM
8. Pengunjung kopitiam percaya setengah penunjuk perasaan sangat teruja dengan apa yang berlaku di beberapa negara jiran yang menjadikan tunjuk perasaan sebagai catalyst untuk menggoncang negara. Kempen pilihanraya sering dipanjang panjangkan melewati tempuh yang dibenarkan. Manakala Singapura pula sering membuka pintu mahkamah dan penjara untuk mereka-mereka yang dianggap deviants dalam meneruskan kelansungan pemerintahan.
Tertuduh:
- Father Paulino Miranda
- Tony Pua MP Petaling Jaya Utara
- Ronnie Liu Exco Selangor
- Lau Weng San ADUN Kampong Tunku
- Tiew Way Keng councillorMBPJ
- K Raman,
- G Ramish,
- Augustine Gan Liam Tee,
- Andrew Ng Yew Han,
- Lim Cheng Inn,
- Ooi Suan Huah,
- Ambrose Poh Teik Huat,
- Johny Andu @ Abu Bakar Adnan,
- K Thengaran,
- Ong Boon Keong,
- Mohd Fasya Mohd Tajudin,
- Goh Jin Kiat,
- Henry Hor @ Henry James Hor,
- Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil
- Goh Chien Yee
- ?
beritadarigunung