Tuesday, February 19, 2013

BN Penang Berjaya Bangkit Semula Di Tempat Jatuh


Kehadiran bintang ternama Korea Selatan, Psy ketika sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) yang dihadiri hampir 100 ribu orang baru-baru ini amat mengusarkan pakatan pembangkang yang diketui oleh DAP-PKR-Pas. Lebih memeranjatkan laungan bergema 1Malaysia yang disambut oleh para hadirin yang hadir dilihat sebagai satu petanda keruntuhan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Tambah mengusarkan kerajaan pakatan ialah, bilamana pihak pengurusan Kolej Han Chiang, George Town memberikan kebenaran kepada BN negeri untuk bagi mengunakan padang kolej tersebut sebagai tapak upacara sambutan.
Ini kerana ketika pilihanraya yang lepas, padang yang sama juga adalah merupakan tempat penyokong dan pimpinan pakatan rakyat meraikan kejatuhan kerajaan BN di Penang. Dan kejayaan menghimpunkan hampir 100 ribu orang di tempat yang sama adalah merupakan petanda kejayaan BN untuk bangkit semula di dalam pilihanraya umum akan datang.
Kerajaan DAP juga sebelum ini dilaporkan pernah mencuba untuk membawa Psy ke Penang sebagai satu menarik sokongan rakyat khususnya dari kaum Cina namun telah ditolak oleh penyanyi berstatus antarabangsa itu. Dan lebih membanggakan penyanyi Korea Selatan tersebut turut mengunakan perkataan 1Malaysia di dalam tweetnya sebagai tanda menyokong usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Semua ini sudah cukup membuatkan pimpinan pakatan khususnya DAP untuk merasa gusar dan goyang dalam menghadapi BN ketika PRU13. Ini kerana ia secara tidak langsung membuktikan sentimen rakyat ketika PRU12 jelas tidak lagi dapat digunapakai oleh mereka.
Mereka sebelum ini begitu takbur dan yakin untuk terus berkuasa di Pulau Pinang serta akan mampu menawan Putrajaya, namun jika dilihat dari sokongan rakyat dan tindakan yang dilakukan jelas membuktikan ia hanyalah kenyataan politik semata-mata. Sebagai contoh, mereka sebelum ini telah mengarahkan agar poster dan ‘banner’ yang memaparkan gambar Datuk Seri Najib mengunakan pakaian tradisi masyarakat Cina agar diturunkan serta merta.
Sekiranya kerajaan DAP yakin dengan sokongan rakyat, mengapa perlu takut dengan gambar Perdana Menteri yang hanya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina?
Seterusnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah meminta agar penyokong pakatan yang ingin hadir ke sambutan BN itu untuk mengunakan t-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada kerajaan pakatan.
Namun ternyata saranan tersebut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Kerana rakyat sedar, saranan yang tersebut hanya bertujuan untuk memalukan Perdana Menteri yang turut hadir di dalam majlis tersebut.
Ini kerana kegagalan BN Pulau Pinang untuk membentuk kerajaan negeri serta kehilangan mandat 2/3 bagi kerusi Parlimen di dalam pilihanraya yang lepas, sudah cukup membuatkan rakyat sedar dalam menilai antara kaca dan permata. Rakyat juga sedar kerjasama yang terjalin di antara DAP-PKR-Pas dilihat merupakan kerjasama yang rapuh dan penuh dengan sandiwara.
Antara mereka juga (pakatan) tidak wujud sebarang ikatan yang benar-benar ikhlas dalam membela nasih rakyat. Pimpinan parti pula dilihat sering bertelagah dan tidak pernah konsisten seperti yang pernah di janjikan ketika kempen dan manifesto yang lalu.
Semua ini telah membuatkan rakyat sedar, bahawa pimpinan pakatan bukanlah pilihan yang terbaik buat rakyat. Di kalangan mereka pula hanya wujud gerakan politik semata-mata dan ia digerakkan hampir sepanjang masa tanpa mengira perancangan dan tindakan untuk membantu rakyat dan pengundi.