Sunday, February 17, 2013

DAP akan disiasat Pendaftar Pertubuhan.


PUTRAJAYA 16 Feb. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan memulakan siasatan
terhadap kesahihan beberapa jawatan tertinggi dalam DAP selepas parti itu gagal mengemukakan penyata tahunan dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan akan dilakukan terhadap pemilihan parti tersebut yang dicemari kesilapan pengiraan undi.


"Sehingga semalam, DAP belum lagi menyerahkan laporan kepada ROS dan ini bermakna tempoh yang diberikan kepadanya telah tamat. Saya dimaklumkan bahawa ROS kini boleh melakukan siasatan. Isu-isu melibatkan kesahihan jawatan tertentu dalam DAP akan disiasat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_28/ROS-kini-boleh-mula-siasat-DAP-isu-pemilihan-CEC#ixzz2L4wXSocV
© Utusan Melayu (M) Bhd