Saturday, February 09, 2013

Idris Ahmad maki ahli-ahli PAS.


Satu perkembangan yang menarik bila bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mula memaki hamun ahli-ahli PAS yang selama ini sanggup “mengkeldaikan” diri kerana perjuangan parti itu.
Selepas mahasiswa pro-Pakatan Haram, Khalid Ismath, menggelar Menteri Besar Kedah sebagai “Sial bin Celaka”, kini giliran AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula yang untuk mencerca ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bangkit marah pada DAP dan PKR.
Kita tahu bahawa ramai ahli-ahli PAS yang marah, kecewa dan berkumpul mengadakan demonstrasi membantah keras tindakan DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Mereka mempertikai kehendak DAP dan PKR itu, serta mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS yang menetapkan bahawa mereka bersetuju dengan ketetapan UMNO yang menggariskan kalimah “Allah” adalah hak ekskusif umat Islam di Semenanjung Malaysia.
Mungkin marah dan kecewa dengan prestasi pucuk pimpinan PAS yang “lembik” dan “bacul” ketika berdepan dengan DAP dan PKR, maka mereka bingkas mempertikai hubungan politik parti mereka di dalam Pakatan Haram.
Persoalannya, salahkah apa yang ahli-ahli PAS itu lakukan? Berdosakah mereka mempertikaikan provokasi jahat DAP dan PKR itu?
Kenapa Idris Ahmad tidak mempertikai kehendak Karpal Singh yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura? Apakah Idris Ahmad takut untuk berdepan dengan “kafir harbi” itu?
Apakah kerana status ahli-ahli PAS ini hanyalah “ahli biasa” maka Idris Ahmad berani memaki hamun mereka kerana mempertikai gesaan Karpal dan Anwar?
Mentang-mentanglah mereka yang mempertahankan kesucian kalimah “Allah” itu hanyalah “ahli biasa”, Idris Ahmad tergamak mencerca mereka dengan gelaran “sisa toksin”?
Siapa “sisa toksin” sebenarnya? Idrisn Ahmad atau Ahli-Ahli PAS?
Kalau Idris Ahmad nak tahu siapa “sisa toksin” sebenarnya, tunggulah PRU ke-13 nanti. Bertandingkan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen, dan ketika itu akan terjawablah siapa “sisa toksin” yang sebenarnya, kan?

sumber:

Demi Karpal Dan DAP, Idris Ahmad Sanggup Maki Hamun Penyokong Sendiri