Dia tidur di dataran merdeka. Kita tidak tahu sama ada dia ada keluarga atau ketidak. Besar kemungkinan dia tidak cukup wang untuk menyewa bilik atau asrama atau rumah atau hotel, lalu dia memutuskan untuk tidur di dataran merdeka. Atau dia memang ada wang, tetapi untuk beberapa malam memilih untuk tidur di dataran merdeka, ingin memperagakan diri kepada seluruh dunia, bahawa dia ada jiwa dan tubuh yang kental. Dia ingin menjerit pada dunia bahawa orang Melayu tidak perlu PTPTN, kerana oraqng Melayu semua sudah kaya boleh sara anak-anak belajar.
Dia menjadikan dirinya tontonan manusia yang ramai. Dia menutup aurat dengan purdah, tetapi dia tidak tutup rasa malu orang Melayu terhadapnya. Dia seolah-olah manusia merempat.
Dia wajar tahu dunia diluar sana adalah dunia durjana. Ada rompakan, ada pembunuhan, ada gejala tidak sihat berluas-luasa. Ada yang kena tembak dijalanraya, ada orang dirompak siang-siang hari, dan jangan lupa ada juga orang ditangkap dijalanraya, dibawa kelain tempat untuk dirogol dan dibunuh. Itu dunia sebenar!
Suatu malam ada orang menyepak kepalanya didataran merdeka. Dia salahkan orang itu.
Kita yakin dia akan datang lagi dengan pakaian purdah, tidur di dataran merdeka seolah seorang jalang, menunggu dan ingin melihat siapa akan menendang kepalanya. Kita kena hormat perjuangannya untuk memansuhkan PTPTN, kerana kita tahu dia belum matang untuk memahami apa jadi kepada rakyat tanpa PTPTN. Tanpa wang ramai tak dapat menyara anak ke tahap pendidikan yang tinggi. Yang ada tanah dan rumah akan jual asset mereka. Yang boleh meminjam bank akan meminjam dari bank.
Kita takut dia tidak sedar bahawa dia adalah keldai tunggangan Anwar Ibrahim.
Mungkin Anwar lupa bagitau, bahawa hanya dengan mendaftar di Permatang Pauh, barulah Nur Rugayyah boleh memangkah PKR dan Anwar, kemudian menumpang tidur di mahligai Anwar yang besar. Itu pun kalau Azizah benarkan.