Kemudian UDA telah membawa kemajuan dengan membina kawasan perumahan yang selesa waktu itu, kini kampung kerinchi perlu sekali lagi melalui proses kemajuan. Waktu inilah, Nurul Izzah muncul menangguk di air keruh, mengumpan untuk sedikit political mileage. Dia bukan main lagi berjanji dengan 34 penghuni Flat 4 tingkat yang enggan berpindah atas pelbagai alasan. Orang sekarang memang biasa dengan janji-janji politik sebegini, yang tidak jujur, hanya menangguk di air keruh.
Adam Adli dan rakan-rakan juga turun, tetapi kurang mengerti mood dan perasaan orang ramai. Mereka masuk kawasan orang yang bertuan, dan ada kerangka masyarakat, bukannya seperti demo di jalanraya yang tidak bertuan. Akibatnya ada yang sangat benci dengan sikap biadap, mengacau dan mengganggu. Lalu penumbuk pun singgah di muka.
Sekarang 24 daripada 34 penghuni yang enggan berpindah itu telah bersetuju dan datang mengambil kunci. Bakinya pulak tidak berkesempatan turun, dan difahamkan juga bersetuju untuk berpindah.
Akhirnya semua orang tahu Nurul Izzah hanya berpura-pura, dan Adam Adli pula hanya turun untuk mengukuhkan imej aktivis. Semuanya adalah palsu dan menipu orang-orang Kampung Kerinchi. Hj Hashim Selit pun sudah tahu....
Apa orang Selangor masih mahu PKR?