Cikgu Zainon tidak berucap berapi-api macam Hadi Awang, atau pandai mencuit mengata macam Anwar. Cikgu Zainon jujur, dan kita dapat rasa kejujuran itu dari nada dan susunan kata beliau. Memang betul macam kata Hadi, Cikgu Zainon hanyalah cikgu sekolah rendah dan layak ajar ABC saja disekolah rendah.
2. Bezanya, Cikgu Zainon termakan amanat Hadi seterusnya memperaktik dengan mengkafirkan abang, emak dan ayah beliau. Hadi pula mengeluarkan amanat tersebut dalam nada tinggi naik syeikh pada tahun 1981 tanpa perlu bertindak apa-apa. Sekarang Hadi memeluk Lim Kit Siang, manakala Cikgu Zainon tak tergamak memeluk orang kafir dan berjuang bersungguh-sungguh memperbetulkan pegangan yang pada hemat beliau adalah salah dan berdosa.
3. Walau terlambat, akhirnya Cikgu Zainon dapat membezakan antara retorik politik dengan ajaran Islam sebenar. Dulu waktu dia teruja dengan konsep politik dan agama tidak boleh berpisah, terus dia setuju dan terima saja kata-kata pemimpin PAS.
4. Sekarang Cikgu Zainon berjuang untuk memperbetulkan keadaan, sepertimana dulu dia pernah berjuang untuk negara Afghanistan. Sekurang-kurang Cikgu Zainon pernah lihat dan rasa rupa dan wajah sebuah negara yang hampir ranap dan musnah. Hadi pula suka bermain-main, mengajak rakyat turun mendengar retorik politik yang kosong, mengumpan keganasan dibumi yang masih kekal aman dan damai.
5. Dari satu sudut Hadi perlu hormat dan wajar mendengar keluhan dan perjuangan orang macam Cikgu Zainon yang pernah merantau untuk berjihad dalam suasan porak peranda di bumi afghanistan.
6. Ada beza antara orang yang pernah angkat senjata berjihad dengan orang pasang serban panjang berjela menjerit jihad, tapi masih mahu duduk bawah ketiak ambiga, lim kit siang, karpal dan anwar (Hadi pernah dengar amaran tentang kaum Lut, tetapi gagal memahami dalam dunia realiti)
sila lihat Cikgu Non disini.....
1. http://www.youtube.com/watch?v=CwVzHONMi4M
2.http://www.youtube.com/watch?v=aYJC7B8b2tM