Terpulanglah kepada semua guru-guru sekolah rendah dan menengah untuk terus menyokong Hadi Awang, PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya Hadi telah menunjukkan batang tubuh sebenar, dan tanpa segan silu, menganggap guru sekolah tidak ada standard, hanya layak ajar ABC.... itu kata2 Hadi. Walaupun itu hanyalah terjah politik, tetapi warga guru sekolah rendah telah dihina tanpa selindung.
2. Sukar untuk ditelan, itu adalah satu lagi komen pedas Hadi Awang waktu menepis sergahan dari Cikgu Non, bekas guru sekolah rendah, bekas ahli PAS seumur hidup. Dalam ertikata "jihad", Cikgu Non telah mengangkat senjata bersama pejuang-pejuang di bumi Afghanistan. Cikgu Non mungkin tidak sehebat Hadi berpidato untuk membuatkan pendengar ternganga mulut, tetapi cikgu non mampu mengotakan janji "berjihad".
3. Platform politik PAS adalah untuk orang-orang yang pandai menyusun kata-kata politik dan memukau. Hadi ada sentuhan itu, namun sedikit ghairah dan melampau berbanding dengan pemimpin Pemimpin PAS terdahulu. Amanat Hadi 1981, adalah amanat ahli politik singkat akal, sedap untuk disembur tapi sukar untuk ditarik balik. Kesannya sangat mendalam.
4. Ada lebih 200,000 guru sekolah rendah sedang berkhidmat dalam negara ini. Ditangan mereka ada hak untuk menidakkan Hadi Awang berjalan atas arena politik selama-lamanya.