Benarkah setpol Menteri sering jadi mangsa keadaan. Musuh politik suka menembak rambang, kalau kena, dada setpol dulu yang berlubang. Kalau apa-apa hal orang nak celah-celah rapat dengan menteri, setpol dulu dicari. Kalau nak bagi hadiah apa-apa kepada menteri, sopannya melalui setpol. Nak minta tandatangan apa-apa, hulur surat ke setpol untuk dia tenguk eluk ke, silap ke , perlu dibetulkan ejaan ke. Setpol orang penting, sebagai penghubung.
Kalau tak eluk pun, setpol juga jadi sasaran. Kalau eluk setpol, bukan orang hirau sangat. Setpol hidup bermewah, orang kenyit mata. Setpol hidup sederhana, orang tanya apa yang tak kena. Dalam dunia politik, ada seorang setpol, namanya khairi. Dia kecik saja, tapi kereta besar. Tapi biarlah. Kubur esuk memang kecik, ni zaman dunia nyata, apa salahnya semua perkara dibesar-besarkan lebih dari yang afdal.
Kita tinjau jauh kepada Abdullah Ahmad, suatu masa dulu orang kuat Arwah Tun Razak. Kita mungkin sudah lupa Siddiq Mohamed Ghouse, setpol Tun Mahathir. Mereka dibelasah teruk zaman dulu, kerana musuh politik percaya, tembak setpol dulu baru boleh tembak menteri.
Waktu Norza kena dulu (kini sudah bebas), orang pandang dengan ekor mata, lalu meneka-neka, ni apa hal pulak, peluru kecil dah lepas, peluru besar nak hala ke siapa. Kini giliran Hasbi Satar pulak. Dia ditahan , dan beritanya terpampang di dada media! Peluru besar untuk siapa?
Blog IkutSukaAku - Isa hari ini terhidu satu kes melibatkan seorang setpol menteri kanan dari Johor. Hah, siapa pulak ni. Dari Johor, ada Muhyiddin, ada Hishamuddin, dan ada Khaled Nordin. Itu sajalah menteri kanan yang ada. It can be anyone.
Just a reminder to that little Khairi, it's alright... dont worry, being small can be compensated by big cars, but unstoppable appetite will land you somewhere else, where sea is as far as eyes can see.... See, its all sea for you to see.