Ada masa kita bercakap serius, ada masa kita bergurau senda. Hanya orang yang rapat dengan kita memahami bila kita serius. Bukankah ada yang mampu serius walau ketawa terbahak-bahak. Dan kata-katanya yang serius itu juga disambut dengan riuh ketawa.
Bersantai di kopitiam dengan rakan-rakan adalah senario biasa. Tempat yang hampir serupa ialah di kedai kopi, lobi hotel, lobi parlimen, restoren, wakaf, stesen bas, arked, plaza dan lain-lain lagi. Ada kawan dan ada isu.
Dalam suasana begitulah ada seorang kawan berkata betapa suatu masa dulu, seorang timbalan perdana menteri (kini bekas) turun dari kapalterbang telanjang bulat!!. Beliau hanya dibaluti dengan wang kertas RM500juta. Kes itu sangat sensasi kerana tidak ramai yang sanggup berbuat demikian. Panjang ceritanya, serius tetapi diselang seli dengan seloka dan sindiran. Katanya lagi, memang ada orang dalam dunia ini tidak peduli apa-apa asalkan dia dapat apa yang diinginkan. Kononnya sebaik orang itu turun, dia diusung ke tempat yang panas dan dibawa pula selepas itu ketempat yang sangat sejuk, paling sejuk.
Sering cerita di kopitiam adalah untuk dalam meja itu saja, sepertimana cerita dalam lobi dan dalam parlimen juga.... Only good and valid for the group and their peers. Thats life................
KOPITIAM: Where the bitter coffee is sweet.