Saya selalu jugak ikuti tulisan husin lempoyang dalam blog The Antics of Husin Lempoyang. Ianya sentiasa menarik, lucu dan menyengat. Berikut adalah sedutan dari salah satu posting beliau:
............ Semasa hari Rabu lepas pemilihan, Dolah ingat semua business as usual. Dia pergi Mesyuarat Kabinet dan lepas itu, dia ada rancangan untuk makan tengahhari dengan Si Lempoyang yang menunggu di pejabat. Sesampainya ke pejabatnya di MINDEF (semasa itu dia Menteri Pertahanan), satu surat sampai.
Dolah tersentak kerana surat itu surat ia pemberhentian. Masa itu Si Lempoyang melihat Dolah berubah muka menangis. Dalam hatinya berasa hairan, dah masuk lawan dengan Team B dan kalah, mestilah kemungkinan ini berlaku. Sebagai Menteri, kerja bukan kerja tetap dan sentiasa boleh ditukar bila-bila masa.
Selepas dia uruskan apa yang perlu dilakukan, Pak Lah balik dan dia ajak Si Lempoyang ikut sama balik dalam kereta untuk teman dia yang sedih. Dalam kereta dia mengeluh dengan tangisan, "Pak Lah ini Menteri tau. Kesana kemari ada kolonel angkat beg dan cermin mata Pak Lah."
Rupanya besar benar erti jadi Menteri dari prinsip yang diperjuangkan oleh Team B masa itu. Pada Husin masa itu, Team A atau Team B, berbezanya adalah pada pendekatan, semangat perjuangan sama.
Rupanya besar padanya untuk ada seorang Kolonel angkat beg dan cermin matanya. Askar tabik padanya perasaan hebat sangat. Padahal dia bukan pegawai askar.
Si Lempoyang sound terus.
Itu yang dalam fikiran Pak Lah sekarang gut?
Ini satu lagi Dolah pernah kata pada Si Lempoyang, "Sekarang kita diam-diam dan ikut saja. Bila dah naik, time kita pulak."
Ini yang Kamaluddin dan Khairy buat gut, pasal time dia.
Klik sini :Kenapa Dolah Menangis? dalam The Antics of Husin Lempoyang