Monday, June 23, 2008

Memperkenalkan Azman Mohd Sah yang akan mencabar Khairy di Rembau.


AZMAN B. MOHD SAH
REMBAU, NEGERI SEMBILAN, Malaysia
Ketua Pemuda Cawangan Kg Seliau,Rantau. A.J.K. Pemuda Bahagian Rembau. Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Rembau. Pengerusi Biro Putera UMNO bahagian Rembau. Ayah Kepada 5 orang anak.

KEYATAAN SIDANG MEDIA

Saya Azman bin Mohd Sah, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau dengan ini mengumumkan keputusan saya untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau pada mesyuarat agung pemilihan tahun ini.

Penawaran ini dibuat kerana Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Rembau perlukan perubahan terutama sekali selepas isyarat jelas dari pengundi muda semasa Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8hb Mac yang lepas. Perubahan dari segi kepimpinan yang dianggap selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja. Kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan didalam pergerakan ini yang akhirnya menyaksikan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dibahagian ini iaitu DUN Paroi jatuh ke tangan pembangkang.

Saya dan rakan-rakan Pemuda di Bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan YAB Dato` Seri Utama Hj. Muhamad Bin Hj Hasan Sebagai Ketua Bahagian Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Kami turut menyokong Pencalonan YAB Dato` seri Utama sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu.

Kami juga mengalu-alukan hasrat 3 calon iaitu Dato` Zahidi Zainol, Dato` Mukriz dan Dato` Seri Khir Toyo untuk bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Yang Benar,

AZMAN B. MOHD SAH

sila Klik untuk keterangan lanjut: Pegumuman Sidang Media http://azmanmdsah.blogspot.com/2008/06/pegumuman-sidang-media.html