Berita dari gunung said...
Dato Ron, diharap sihat...Tidak ramai orang politik begitu noble sifat dan perjuangannya. Bila Abdullah kerap turun ke Sabah, kepada rakyat dimaklumkan janji-janji untuk membangun Sabah.Sejak bila orang politik begitu tinggi perjuangan untuk buminya.
Saya cuma menjangka ada lagi yang ditawarkan untuk orang sana. Yang tercatat orang sudah tahu, Yang tidak tercatat mana orang tahu.Itulah harga mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Sangat mahal, sedang kualitinya adalah gred beras hancur. Bersyukur kerana masih boleh makan, namun semua diajak untuk berkorban demi orang Sabah.
Pegangan politik adalah komoditi yang boleh "trade-in" dan lelong. Bidder yang tertinggi akan berjaya. Shahrir sangat faham erti trade-in dalam politik, yang mana sekarang beliau cuba memahami senario trading petrol. Sabah biar kekal begitu, meningkat biar perlahan, sebarang kemajuan jangan bersifat quantum leap. Nanti rosak semuanya. To understand sabah culture is to visualise 5 layered filter before rain can touch the earth. The filters are all very dirty. Hutan pun sudah mau lenyap.
Pairin juga faham erti trade-in dan lelong. Kita tidak heran. Memang, mengekalkan Abdullah sebagai PM adalah mahal kosnya. Semua rakyat berkorban dan jadi peminta sedekah dipejabat pos.Terimakasih.
12:06 PM
Baca entry asal dalam Ron: POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI?