We beg. Kita meminta-minta. Orang dipaksa meminta. Orang jadi peminta sedekah.
Meminta bukan sebenar-benarnya salah. Kita minta wang dari bapa. Kita minta kawan tolong sesuatu. Kita order secawan kopi di kopitiam. Kita minta rokemen dari menteri untuk apa-apa saja. Perdana Menteri minta sokongan untuk terus memimpin negara. Yong Teck Lee minta semua diam untuk dia suarakan sesuatu. Anwar minta balik jawatan lamanya di mahkamah. Dulu ada orang meminta-minta jawatan melalui Sanusi.......
Dalam senario itu juga tanpa hakim meminta-minta, mereka diberi durian runtuh. Mereka seolah diminta untuk menghayun Tun Mahathir. Maka keluarlah siri mengherdik Tun Mahathir. Kecuali Hakim, Peguam, Abdullah, Musa dan Anwar, rakyat umum selepas berketuakan Abdullah beberapa tahun lebih puas berketuakan Tun Mahathir. Jarang sekali kita rasa tidak selamat dengan Tun Mahathir. Tentunya pembangkang tidak setuju, apatah lagi mereka yang pernah singgah di Kamunting dan sungai Buloh. Dengan Abdullah, "rasa selamat" semakin hilang. It is better to have a strong leader than a weak one....
Nah... kita telah dikejutkan dengan kenaikan harga petrol. Subsidi ditarik dengan banyaknya. Kerajaan tidak mahu rakyat jadi rakyat welfare. Kerajaan mahu rakyat bertanggungjawab dengan senario ekonomi dunia. Kerajaan tidak mahu rakyat bersenang lenang, tidur bangun, dan berangan-angan saja. Dalam keadaan itu juga, kerajaan memaksa rakyat menjadi peminta sedekah, berpusu-pusu ke pejabat pos untuk sedikit wang.
Di kopitiam, ada kawan kata bahawa dalam menangani isu petrol, tindakan pemerintahan Abdullah seolah tanpa pertimbangan. (Waktu itu teringat pula kes tok ketampi dalam lokap, ada yang kelam kabut dan terkinja-kinja nak pergi China untuk minta .......). Mereka tak suka rakyat welfare, mereka suka rakyat jadi beggars! Nah, tak sangka ada yang sangat sadist dalam kelompok pemerintah kini. Tak sangka......
BERITADARIGUNUNG: teringin tenguk nama-nama rakyat Malaysia yang ada 5 buah kereta untuk jadi peminta sedekah. He/she must be richer than most beggars.