- Ini tiada kaitan dengan Khairi Malek atau Umno Gelang Patah, kerana post ini adalah catatan ringkas sebuah perjalanan waktu melangkah dari dasar sungai di Banting bersama polis yang telah menjumpai sebuah gelang dipercayai milik Sosilawati, bergerak ke ibu kota dan singgah minum di pinggir Klang. Ada Dr Amin, Kamarruddin, dan Datuk Malee di meja hujung sana.
- Mereka gembira akhir-akhir ini, kerana projek 49,990 sudah bertimbun dengan total mencecah puluh juta. Mereka juga berjaya menjadikan projek 9juta, lebih viable dari projek 2juta. Mereka berjaya dengan kerjasama Dennis, son of Eric. Sama riang agaknya dengan suspek Banting, ketika mereka itu masih bermaharajalela.
- Orang lain belum cukup kreatif kata mereka, untuk membina suasana dan kerangka political business. Pada yang naive, itu adalah robbery. Kena rakusnya, mereka juga akan terlingkup dan tertangkap. Ada juga yang berkata, kalau diam maknanya sekongkol. Malaysia tidak pernah berjaya melahirkan usahawan cara ini. Tetapi bila mana lorong umum dibolos juga, orang biasa hanya duduk memandang, kehairanan kenapa penglibatan bumiputera masih di takuk lama. Kerana mereka tahu selama ini lorong VIP adalah lorong durjana.
- Oh, di sinilah mulanya carik pada bendera Umno dan siapakah yang sanggup menahan dari terus koyak dan terus bercerai di tangan yang rakus. Namun orang biasa tidak akan berdiam diri, kerana ruang mereka sudah dirampas, dan juga kerana gelang adalah milik ibunda.
Names are fictitious, as a friend keeps saying, what's in a name?