On his way back from Parliament KL to Penang, he sat in economy class and was bumped in the flight by Ning Baizura who posted her encounter with the CM. Read here for more.
And now set a high standard to the rest of the Government officers... cabinet ministers, MPs, VIPs... Thanks Guy here
BERITADARIGUNUNG: sebuah monolog.
Ini gambar Lim Guan Eng .
ini satu watak yang lain.
Kedua-duanya orang politik. Satu di kelas ekonomi dan satu lagi dikelas bisnes.
Yang berpakaian safari (wajahnya lain) juga naik kapalterbang. Kelas bisnes depan sekali. Kakinya angkat atas dan rehat pada dinding. Semua orang dalam kelas bisnes boleh tenguk. Dia sempat mengusik paramugari. Setengah orang kata gatal mengorat. Setengah dari kita, dengan pengalaman dan pendedahan, watak-watak seperti itu sudah tak jadi hal.
Ada setengahnya depan orang teruk, belakang orang lagi teruk. Ada juga depan orang tertib baik, belakang orang macam pelesit. Watak manusia memang pelbagai.
Kita mengundi dalam PRU12, kita bukan mengundi lambang saja. Kita juga pangkah orang, watak dan perjuangan. Pada PRU13 nanti, kita akan buat begitu juga. Dulu ada kapal layar, kemudian KATI, dan kini Dacing.
Ada masa-masanya bila orang jadi pemimpin, mereka mudah lupa bahawa kati bukan sekadar alat penimbang, Kati adalah tanah air, Kati adalah kehidupan, Kati adalah jiwa Melayu, Kati adalah kesopanan, Kati adalah pandangan yang jauh, Kati adalah penyejuk bangsa, Kati adalah penyelamat bangsa, dan Kati adalah kesetiaan unggul.
Kati, ada batang kayu untuk menimbang getah sekerap, yang boleh dihayun ke kaki dan tangan yang tidak sopan. Ada seorang kawan yang mahir dengan forestry menambah bahawa dengan pokok rengas kita wajar berhati-hati, kerana pokok itu boleh menjadikan badan kita gatal-gatal.
Kati juga adalah simbol bisnes. Kati adalah simbol keadilan. Kati, seperti alat penimbang yang yang lain perlukan verifikasi dari masa kesemasa untuk mengesahkan kesahihan dan ketepatannya. Dalam erti sebuah negara, proses verifikasi ada dalam setiap PRU.
Seterusnya ialah PRU13, menakutkan kerana pada setengah sukubangsa, 13 adalah simbol kepada untung buruk.