IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury yang dibuat Selasa lepas.
Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi ini untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry.... (boleh baca selebihnya di sini, serta komen2)
BERITADARIGUNUNG:
Suatu masa dulu rakyat dan pemimpin adalah penyelamat tanah air, kini ketika kemelut kepimpinan memuncak, raja pula mencemar duli menyelamat tanah air dan rakyat jelata