Friday, May 02, 2008

PM: Cancel telecast in Dewan Rakyat

KUWAIT: The Prime Minister said he was ashamed at what had transpired in the Dewan Rakyat on Wednesday and agreed that live telecast of the proceedings should be scrapped.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he was in the Dewan at the time, adding what happened was just “too much.”

“I felt ashamed if people watched television and saw what was happening in our Dewan. In my heart, I also felt that all this happened because there was a live broadcast at that time.

here

Abdullah being welcomed by Kuwaiti Deputy Prime Minister Faisal Mohammed Al-Hajji Bukhadour

BERITADARIGUNUNG: Ramai sedia memahami erti demokrasi. Pemimpin mencorak demokrasi mengikut keperluan negara, masyarakat dan amalan yang menjadi tradisi sesebuah negara. Mahathir mengamal demokrasi terpimpin. Itu yang kita faham selepas 22 tahun beliau memimpin negara ini. Tahniah untuk Abdullah kerana akhirnya sedia untuk memahami dan menyemak erti demokrasi dan keterbukaan.

Keterbukaan yang buta tidak membawa apa-apa erti. Seawal bulan pertama Abdullah menjadi perdana menteri Malaysia, keterbukaan menjadi flagship era baru beliau. Sedikit demi sedikit rakyat melihat pemimpin-pemimpin negara (pembesar mengikut istillah Kadir Jasin) menerpa mencuri peluang limelight dengan isu-isu sensasi. Itu berlaku di luar mahupun di dalam parlimen dan mendapat liputan meluas.

Apatah lagi, Shahrir pun menganga mulut mengatakan bahawa kini adalah era keterbukaan. Seolah siapa-siapa pun boleh kata apa saja dengan bebas. Mereka ceria dan gembira dengan trend baru itu. Khairy kelihatan seperti ikon wajib dalam media perdana waktu itu. Samy Vellu dihentam semau-maunya.

Khir Toyo tak lelap tidur dengan isu sensitif negeri Selangor. Ketika itu lah, Karam Singh tampil sebagai wira, pejuang dan penyelamat rakyat dan dengan tiba-tiba muncul sebagai guru Bahasa Melayu dengan peribahasa yang pelbagai.Adnan juga diasak sekali sekala. Keterbukaan yang buta suka melondeh orang di khalayak ramai. Keterbukaan yang buta menjadikan pemimpin berdendam. Keterbukaan yang buta dan tidak dipimpin menjadikan pemimpin dan rakyat tenggelam punca.

Orang Jasin dulunya terkeliru dengan fungsi Ahli Parlimen di Parlimen, sehinggakan beliau merasakan perlu untuk menyebut tentang kayu yang boleh dijadikan arang. Orang Kinabatangan menghempas emosi sekali sekala bersama orang Jasin. Kita terbuka tapi kita BUTA!

Dalam trend itu juga, rakyat Malaysia diperlihatkan bagaimana pemimpin-pemimpin senang-senang saja mengherdik Mahathir seolah beliau orang tua nyanyuk. Baru-baru ini pun, Nazri Aziz tanpa segan silu menghentam Mahathir dalam media perdana.

Rakyat Malaysia menonton TV dan melihat dengan jelas watak Nazri Aziz. Walaupun begitu wajar juga kita ingatkan Nazri Aziz apakah makna Padang Rengas. Ramai orang tahu erti "padang", tapi tidak ramai orang tahu apa dia "rengas".

Akhirnya, rakyat merumuskan kepimpinan dengan trend ini adalah lemah dan tidak mampu menguruskan negara. Dengan senyap tanpa hebuh-hebuh ramai memutuskan untuk tidak lagi memilih BN dan kepimpinan yang ada dalam PRU12.

Walau terlewat, kawalan terhadap demokrasi dan keterbukaan adalah wajar dilaksanakan dengan sedar dan celik. Jangan terus butakan mata dan hati.