From Malaysiakini
Police stop anti-ISA event in Ampang
breaking news updated 11pm The police moved in to disperse a group of people who had gathered at a field in Ampang Jaya since 8pm for the launch of an anti-ISA campaign
Dari Malaysiakini
Polis surai perhimpuan anti-ISA di Ampang, 7 ditahan
Jimadie Shah Othman | Nov 23, 08 8:08pm
Dikemaskini Polis malam ini bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghadiri majlis pelancaran kempen mansuhkan ISA di situ. Tujuh orang ditahan dipercayai kerana enggan bersurai dari situ
1 Demokrasi hampir lunyai dimanipulasi oleh setengah pihak. Bertindak keras ke atas perhimpunan haram atau demokrasi jalanan sering dilihat sebagai autocratic, dan kejam. Apatah lagi jika beberapa orang disumbat dalam tahanan atas nama ISA yang menjadi maskot penunjuk perasaan itu sendiri.
2 Demokrasi negara tercemar dengan taktik kotor jalanan. Yang licik dan oputunis akan keluar dengan harapan memperolehi publisiti yang maksima. Apa mereka peduli dengan ISA? Apa mereka benar-benar peduli dengan orang Baling mati kebuluran?
3 Mencari sebab untuk berperang, tidak akan menjadikan sesiapa muncul sebagai pejuang segera. Mencari sebab untuk perhimpunan haram juga adalah helah mudah untuk jadi helang pemangsa. Helang tetap tidak peduli.
4 Agaknya Malaysia akan jadi pengamal demokrasi tulin, jika hari-hari kita disajikan dengan demonstrasi jalanan. Malangnya yang jadi sponsor adalah orang politik sendiri! Rakyat menyangka mereka ada dewan yang mulia untuk berdebat dan berbahas. Rakyat sangka setiap kali pilihanraya cuma ada seminggu dua sahaja waktu berkempen. Kini ahli politik memanjangkan tempuh berkempen dari dulu hingga hari mengundi PRU13 nanti!
5 Paksa saja mereka duduk baik-baik dalam Dewan yang mulia, meneliti satu-satu, berbahas dengan sopan dan jangan jadi tabiat untuk keluar masuk dewan. Waktu sekolah dulu, budak yang suka keluar masuk, kena pulas telinga. Budak yang suka cakap bukan-bukan juga kena tok ketampi. Manakala budak yang suka ganggu cikgu bercakap, diheret ke dalam bilik guru besar untuk ditegur atau dirotan.
6. China melenyek penunjuk perasaan tanpa belas di Tianamen Square. Peristiwa itu tidak menjadikan China diperlaku sebagai kera sumbang sebaliknya China semakin waras dan bijak untuk melakar kesejahteraan negara dalam dunia yang bergelora.
7. Namun semua orang faham bahawa negara ini masih perlukan ISA. Gunanya adalah untuk menahan mereka yang suka bermain api. Di Kamunting, tempatnya dingin kerana hujan turun saban hari dan tentulah api yang membara akan segera padam!
8. Atau, pemimpin hebat mesti lahir dari demonstrasi jalanan? Begitu?