Sunday, November 23, 2008

ULASAN MALAYSIAKINI tukar kepala kenyalang SARAWAK

Pehin Seri Taib Mahmud telah menunjukkan kemampuan menyediakan sebuah kerajaan negeri yang sangat stabil. Tentu ada sebabnya. Siapakah yang mampu menukar kepala kenyalang Sarawak? Berikut adalah ulasan umum tentang sarawak dan kepimpinan serta menjengah kehadiran Anwar dicelah-celahnya.

From Malaysiakini
Sim Kwang Yang | Nov 22, 08 12:12pm

comment
For Abdul Taib Mahmud's detractors to fulfill their dream of changing the chief minister of Sarawak, there is only one way, and that is through the next state election speculated to take place as early as next year ...
Changing the head hornbill in S'wak Malaysiakini

1. Pemimpin pada hujung tempuhnya sangat sedar kemungkinan yang boleh berlaku. Tun Mahathir masuk era persaraan tetapi segera keluar kerana pemimpin baru ingin memadam legacy lepas. Pemimpin baru tidak terikat dengan mana-mana norma kerana mereka masih tercari-cari, itulah sebabnya disebut flip-flop.

2. Taib Mahmud juga akan melalui lorong yang sama. Perit, jika pemimpin baru di Sarawak memilih untuk memadam legacy lama dalam keghairahan melakar strategi dan tindakan. Menyedari apa yang dibuat oleh Abdullah ke atas Mahathir, tentu menjadikan Taib lebih tahu dan berwaspada.

3. Ramai tidak tahu, Taib Mahmud adalah antara bijak pandai Melanau. Akhir tahun 50'an beliau adalah antara beberapa anak-anak Sarawak yang bijak dan diberi biasiswa untuk belajar di Australia. Atas kebijaksanaan dan kecerdasan itulah, Sarawak bukan berada dikedudukan terakhir negeri-negeri di Malaysia.

4. Mungkin kita boleh teliti apa sebenarnya yang berlaku di Sabah hingga Sabah tidak mampu menandingi Sarawak dalam perspektif per capita. Saya memilih satu jawapan, iaitu Sarawak ada pemimpin yang kuat, bijak dan ada wawasan.

5. Tidak ada sebab kenapa orang Sarawak melihat watak Anwar Ibrahim sebagai pendorong untuk memadam Taib Mahmud dan kepimpinannya. Bumi Sarawak tidak rela melihat satu lagi patung besar setingi 50 meter berwajah Anwar Ibrahim di kaki gunung Santubong, kerana Santubong lebih suci dari gunung batu bergua di Batu Cave.

6. Politik sering digimikkan. Akhirnya yang dirasai ialah kepimpinan berkesan yang hebat untuk kesejahteraan rakyat. Taib Mahmud telah berjaya dalam banyak sudut, manakala Anwar dalam mengembang sayapnya disana, tidak tahu apa itu kenyalang kerana ada jenis burung namanya "vultures". Dulu ramai jadi mangsa mainan Anwar. Sarawak jauh lebih suci.

beritadarigunung