Tuesday, November 18, 2008

Ulasan Surat Malaysiakini: Public at the mercy of apathetic civil service

Saya ingin merujuk surat Malaysiakini dari concerned young lawyer (cyl). Beliau cuba memaparkan realiti perkhidmatan awam. Tentunya pengalaman yang beliau lalui sangat pahit, oleh itu beliau terpanggil untuk berkongsi dengan lebih ramai dengan harapan perkhidmatan awam diberi perhatian dan dipertingkatkan.

Surat Malaysiakini
Public at the mercy of apathetic civil service
Concerned Young Lawyer | Nov 18, 08 4:28pm
Five years ago, I worked towards achieving my dreams of becoming a lawyer and today I am a young lawyer in Malaysia. When I first wanted to become a lawyer, I was only five years old. Many people were wondering as to what I understood at that age ............
source: Public at the mercy of apathetic civil service


2. Cyl kecewa dengan service yang beliau terima di kaunter, dicelah-celah hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju. Beliau juga mengusik minda bila menyebut tentang orang kulit hitam telah menawan Rumah Putih, dan tentulah ada kemungkinan anak beliau juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu masa nanti.

3. Dunia lawyer adalah dunia istimewa, kerana dunia itu membenarkan seseorang di buktikan salah, atau dibuktikan tidak salah. Dunia itu juga menyelongkar setiap hal, tanpa mengambilkira ianya rahsia atau tidak. Yang tidak selesa dengan dunia itu mendiamkan diri dan enggan mengambil laluan mahkamah untuk keadilan. Demikianlah jadinya bila kes rogol dipendam dalam derita.

4. Sebagaimana ada Ahli Parlimen yang bertindak berlebihan dan perlu dikeluarkan dari Parlimen beberapa hari, mana-mana pekerja, samada disektor swasta mahupun disektor awam, boleh diambil tindakan sewajarnya.

5. Selepas anak Karpal Singh diperintah keluar dari parlimen suatu masa dulu, dalam temuramah TV beliau antara lain berkata " Dia ingat dia siapa?", merujuk kepada Speaker/Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Berpuluh juta penonton mendengar pertuturan anak Karpal Singh. Dalam dunia lawyer, itu perkara biasa. Dalam dunia awam, itu sebutan yang tidak sopan.

6. Kita boleh senaraikan perilaku dan tindak tanduk tidak baik yang berlaku dalam kehidupan manusia. Namun dalam dunia kerja, setiap pekerja ada ketua. Adalah menjadi tanggungjawab ketua itu untuk memastikan perkhidmatan sentiasa terbaik, dimana ada perilaku atau service yang tidak memuaskan, langkah kawalan dan tindakan harus diambil.

7. Kalau Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen yang bertindak berlebihan dan melanggar peraturan, mana-mana majikan juga wajar mengambil langkah yang serupa. Cuma lawyer sering mampu bertukar watak dan perilaku, manakala orang biasa hanya tunjuk yang benar tanpa selindung. Hidup ini adalah pentas dimana pegangan, tekanan dan kemampuan dicernakan untuk tontonan.

Tetapi seburuk mana manusia, dia mampu berubah.


beritadarigunung