From Malaysiakini
Saiful unhappy with sodomy trial delays
Beh Lih Yi | Nov 27, 08 1:01pm
breaking news Mohd Saiful Bukhari Azlan, making a public appearance after a long absence, expressed his disappointment with the continuous delay of Anwar Ibrahim's sodomy trial.
1 Dalam mencari keadilan, kita berdepan dengan ketidakadilan. Bukan keputusan yang tidak memihak yang dilihat sebagai tidak adil, tetapi tempuh masa yang harus dilalui. Kemudian kita mahu bertanya, kenapa ia perlu berlangsung terlalu lama.
2 Dalam sana ada permainan. Peguam akan sibuk bukan dengan kes itu saja, malah beratus yang lain dalam senarai. Tetapi semua itu adalah bisnes untuk peguam. Wang bukan untuk menang kes, tetapi wang untuk usaha peguam.
3 Ada cakap-cakap untuk menghukum peguam yang melengah-lengahkan kes. Dilihat wajar oleh ramai, kerana yang teraniaya ialah tertuduh dan saksi-saksi yang perlu hidup dalam sengsara.
4 Namun, peguam dalam mengejar publisiti untuk diri mereka, persatuan mereka atau proksi mereka, melihat bahawa perjuangan keadilan wajar tertumpu kepada ISA dan Zaki. Dari sudut itulah maka orang ramai menuduh bahawa perjuangan menuntut keadilan ada bau-bau personal dan political.
5 Kita jangka, hal-hal begitu hanya wajar dalam dewan rakyat. Kini hal-hal begitu juga dijaja sepanjang jalan. Saiful menuntut keadilan, tetapi pemain-pemain perundangan melihat keadilan dari sudut yang sangat menguntungkan untuk mereka dan proksi mereka. Akhirnya wang adalah batas pertimbangan.
beritadarigunung
Further readings: